Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Wednesday, September 12, 2012

WW - PasraH

Mami Jarum : Terbaca sesuatu .. Kenapa dia nak wat tajuk n3 mcm tu eh? *Jeles la tuh*

Thursday, September 6, 2012

TIPS: MENGANJURKAN RUMAH TERBUKA

Diantara aktiviti wajib seluruh umat Islam yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini akan teruja untuk mengikuti atau menganjurkan Majlis Rumah Terbuka. Kadang-kadang eLLy jugak terfikir tentang kebaikan dan keburukan dari rumah terbuka kepada masyarakat kita.. eh ada ke keburukkan? tak mau la cite keburukkan, kita cite tentang yg good good aje eh. Kebaikan dari rumah terbuka adalah dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam. Disamping itu juga, dengan adanya rumah terbuka ini, sanak-saudara yang jarang berjumpa boleh bersua muka dan bermaaf-maafan. Bukan senang untuk meluangkan masa yang ada seperti hari-hari biasa. terutamanya macam laki mak lah kan. Kesibukan tugas di pejabat kadang-kala mengganggu perhubungan yang mana boleh mengakibatkan putus saudara pergh tu dah kes berat. Dengan adanya majlis rumah terbuka ini, dapatlah kita sama-sama memupuk kembali semangat kekeluargaan melalui aktiviti gotong-royong dan makan-makan yang diadakan eCeh.
AMALAN  menganjutkan rumah terbuka atau menjemput tetamu  (saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga ) dianjurkan dalam Islam asalkan tidak melanggar syariat yang dibenarkan. 

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: 
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Dibawah ini, eLLy sediakan google beberapa tips rumah terbuka mengikut Islam

1.   Tidak menjemput golonan kaya sahaja, yang miskin atau kurang   berkemampuan juga wajib diraikan bersama
            
2.   Tidak menjemput tetamu hanya melalui pesanan ringkas atau laman sosial sedia ada kerana   akan menimbulkan kekeliruan kepada tetamu kebenaran jemputan tersebut.

3.   Tetamu yang  berpuasa hendaklah berbuka kerana menghormati tuan rumah dan kerana mereka masih mendapat pahala berpuasa tersebut.

4.   Tuan rumah hendaklah menyediakan makanan dan minuman yang halal.

5.   Tidak mengadakan aktiviti maksiat dan elakkan pergaulan  lelaki dan wanita yang bukan muhrim tanpa batasan.

6.   Tuan rumah  hendaklah menyedikan tempat yang mencukupi dan sesuai bagi tetamu.

7.   Jangan menghidangkan hiburan yang melalaikan  sehingga meninggalkan solat.

Mami Jarum : Lagi afdal klu ada tetamu yg datang bawak buah tangan untuk tuan rumah kan kan HiHiHiHi ;p

Wednesday, September 5, 2012

WW - Coach

 RM 3090

Mami Jarum : Agak2 klu claim duit Nufnnang lepas tak?

Tuesday, September 4, 2012

Syawal ke3

Selamat tengahari kekawan .. nak habiskan cite raya boleh? Nak story cite Raya ke3 pulak. Seperti yg uolls sedia maklum raya ke3 eLLy sudah mula berkerja.. hukhuk sedih kan. tapi tak mengapa demi sesuap nasi saya Passssrahhh!!

Petang raya ke3, lepas kerja eLLy & MyLuv terus vrommmm beraya di rumah MyCousin  di Klang. tetap beraya walau pun dah petang *_* xtiviti raya semestinya MAKAN .. lepas makan di rumah, Di malam hari pulak kami gi makan di luar.. dan semestinya kami makan seafood! yummmehhh 


Lihatlah dunia walaupuan di Raya ke3 tetapi suami ku tetap berbaju melayu, dan lihatlah betapa gigih MyLuv mengopek ketam untuk ku :) Oh sebelum terlupa makan malam kami aritu ditaja oleh MyCousin. Terima kasih daun keladi ucop! semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan boleh la belanja kami lagik ;p

Sekian sahaja untuk hari ini!

Mami Jarum : BUSY!!!

Monday, September 3, 2012

Isnin yg lemau!

Ngantok.. Ngantok.. ngantok.. saya sekarang berada didalam loker di tempat kerja.. secara rasminya waktu berkerja saya ialah pada jam 10pagi. tapi apakan daya seawal jam 6:45 pagi saya sudah punch card!

oH saya bukan lah seorang perkerja yg rajin... cuma hari nie saya diarah keluar awal oleh Cik Mat. Memandangkan saya tiada pilihan .. saya pasrah jer laaaa..

Now otak pun dah tepu.. saya nak sambung tidoqq. Nanti kul 10 saya masuk opis.. pastu bila line clear saya akan wat BW eh.. Sekian sahaja n3 Monday blueksssss...


Mami Jarum : Yang mana dah bercuti panjanggggggggg tu  korang ingat lagi ker password pc korang tu ;p