Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Showing posts with label Holiday 2013. Show all posts
Showing posts with label Holiday 2013. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Bali : Dinner & Spa


Lapar-lapar-lapar setelah puas membeli belah di Hawaii Bali Kami terus gi dinner Ayam tulang lunak maliobor. 

Kedai nie supir kami yang recommend. Sepanjang di Bali semua tempat makan adelah diatas recommendation dari Pak supir, kecuali waktu dinner di Jambaran kami google mencari info, ok itu nanti kite story kemudian eh.  Nak tengok secara details ape yang kami makan sila lah terjah ker blog Dee.

My first rice after 28 days “berpuasa dari NASI” huhuhu

Okey perut dah kenyang moh la kita balik ke Hotel. Memandangkan malam masih muda tak kan nak terus tidoo kot.. Masuk bilik simpan ape yang patut dan yuk kita ke SPA!!! Cuma kami bertiga sahaja yang ke Spa laki ku tak join pun dia sibuk gi cari Cyber Café nak check email and submit report ape ntah! See camno lah aku tak hangin satu badan! Dalam dok cuti pun dia sebuk pasal kerja!!!!

SMART SPA yes itu lah Spa yang kami pergi sepanjang kami berada di Bali.
Fist day kat sana kami buat 90min full body massage Rp35 = RM30 per person. Syhhh jangan bising mereka mahu menguli badan ku.. layannnn

Damages of the day :-
Ubud Tegalalang
Entrance fee : Rp10 x 2 pax = Rp20
Souvenir : Rp140

Alam Bali coffee
Luwak Cofffee : Rp50
Souvenir : Rp50

Kitamani Volcano
Entrance fee : Rp10 x 2 pax = Rp20
Lunch : Rp80 x 2 pak = Rp160
Souvenir : Rp300

Pura Tirta Empul
Entrance fee : Rp15 x 2 pax = Rp30
Souvenir : Rp50

Dinner & Spa
Dinner : Rp316,250 for 4 person
Spa : Rp95 per pax


Mami Jarum: Fuhhh habis satu hari punya story masa di Bali. 3 Days to goo..


Thursday, March 14, 2013

Bali : Pura Tirta Empul

Masih ada yg sudi membaca kisah percutian ku di Bali itu? anggap jer lah korang sudi eh :0) eLLy pun memang plan nak update untuk rujukan di masa hadapan.

Pulang dari Kintamani Volcano & Batur Lake kami meneruskan perjalanan kami ke Pura Tirta Empul. Entrance fee yang dikenakan ialah Rp15 = RM4.80 per person. 



ok jom mandi!!! hahaha gilak ko mau mandi kat sini, Menurut kerpercayaan mereka air yang mengalir terus dari tanah itu adalah "Holy water" maka ramai lah yang berendam kat dalam kolam tu. Mat mat salleh dan Minah salleh pun ramai.

Kami? Kami masuk untuk bergambar ajoo.. ok jom kita bergambar .. 1! 2!! 3!! 



 

Dekat dalam nie ada banyakkkkkkkkkk gerai-gerai yang menjual cenderamata, yang tak best nye dorang kat sini suka tarik-tarik tapi idak la dorang tarik ganas-ganas berani nak wat macam tu dengan mak incik! Masa Seth Mat pergi menyelamatkat kak tina yang terkandas kat kedai belakang tu, Me and Dee meneruskan perjalanan ke depan.. konon nak jumpa kat parking lah.. jalan2 punye jalan makkaiii makin banyak lak gerai kat belakang nie.. fuh menakutkan!! nanti Kak Tina selamat aku lak yang sesat hahaha

so eLLy nasihatkan uolls kalau dah dapat ape yang dicari patah jer balik kalau masuk lagi kedalam silap haribulan jalan keluar pun tak nampak! Yes me & Dee hampir2 sesat..


Mami Jarum :  Masa kat sini Seth Mat belikan untuk staff dia pembuka botol yang sangat lah besarrr :p


Friday, March 1, 2013

Bali : Kintamani Volcano & Batur Lake

Perut dah lapar moh la kita naik kereta dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterus nya iaitu Kitamani Valcano & Batur lake. Di sini ada entrance fee, Rp10,00 @ RM3.20 per person

 :: Hijau dan berangin ::

Sebenarnye Kitamani valcano & Batur lake nie agak jauh tapi memandangkan kita ditanah tinggi so nampak mcm sebelah menyebelah jer.

Harga buffet lunch kat sini Rp80,00 @ RM27 per person. Kami berhenti disini selain dari nak lunch kami juga ingin menikmati pemandangan yang terbentang indah dihadapan kami. kalau nak tengok gambar food & buffet line boleh lah link ke blog Dee sebab dia rajin update in detail.


 :: Majoriti pelanggan kat sini semua dari Malaysia ::
Lihat view disebelah .. sangat cantik bukan
.
 :: Gambar ini diambil ketika hujan sedang turun merintik ::
.
 :: Tak sampai 15 minit lihat lah hasil nya, kabus tebal beb ::
Pls ignore my oily face itew! Kak ton comel kan...
.
 :: The beg Very the colorful ::
.
:: eHem beg sempena anniversary ::

Perut dah kenyang, Payment dah buat moh ler kita terjah ketempat yang wajib dilawati sekiranya kamu bercuti di Pulau Bali ... Pura Tirta Empul ... chop chop chop lupa nak cite masa hendak menuju ke parking kami telah diserang dengan peniaga2 yg sedia menanti di pintu keluar ... OMG kami terjebak lagi..
Setelah sesi tawar menawar dijalan kan Kami bersetuju untuk membeli T-shirt yang ada perkataan "BALI" dng harga Rp300 = RM100 untuk 22 helai T-shirt murah ke mahal? boleh la kot.. lepas jugak souvenir untuk kekawan kat opis (Seth Mat 10 helai / Me 12 helai)
.


Mami Jarum : Sila ambil perhatian.. sekiranya anda ingin melarikan diri dari tax. Sila pastikan supir anda yang melakukan pembayaran di kaunter :) Sekian Terima Kasih!


Thursday, February 28, 2013

Bali : Alam Bali Coffee



Perhentian seterusnya ialah Alam Bali Coffee.




:: eHem cantik tak model tu ::
.
Disini tiada bayaran masuk dikenakan. Dari parking ada sorang guide yg akan bawak kita masuk ke dalam ala-ala mini hutan gitew.
 .


:: Pintu masuk ke mini hutan ::
.
Menariknya disini, ada tanaman pelbagai jenis spices/rempah mcm serai wangi, Lada hitam, kunyit, lengkuas, kulit kayu manis, halia. Ada jugak pokok kopi arabica, koko, vanilla. Pokok buah-buahan pun ada sama mcm kat Malaysia Cuma yg special kat sana ada pokok Markisa.
.
 :: First time tengok pokok Markisa & Buah Markisa ::
..'
 :: Konon nak posing prisis model tapi kaki bersepah ::
.
:: Proses untuk menghaslikan kopi Luwak ::
.

Selepas berkenalan dengan pokok2 rempah ratus dan buah buahan. Macamlah kat Malaysia takde. Kami diberi kecempatan untuk melihat macamana kopi luwak diproses.

Proses dia senang jer..
Luwak makan kopi => Pastu dia poo poo => kopi yg keluar itew diasingkan dari najisnya serta dibuang kulit (mcm kuaci)  => biji dlm kulit akan disa’ngai (goreng tanpa minyak) => ditumbuk halus. Siap!! Halal ke tak halal?  Boleh rujuk di SINI.
.
Uolls pemandangan kat sini sangat lah supeppppp!! Tambahan pulak bila di iringi tiupan angin yg sepoi sepoi bahasa .. perghhhhh layan beb.. Jom kita bergambar yuk!!!
.
:: Me and Dee ::
.
 :: Me and My darling ::
.
 :: Again ... Auchh ngapa mata stim jew tu ::
.
:: Deretan kopi & tea yg disediakan ::
.


Merujuk pada gambarajah di atas, Selepas dia tunjuk proses kopi, dorang akan sediakan 2 set minum tea dan kopi yg pelbagai rasa secara PERCUMA. Tapi sumpah eLLy tak ingat nama minuman yg kami rasa tu :p Oh btw kami sempat juga mencuba secawan Luwak Coffee. Harga Luwak coffee adalah RP50,000 = RM16. Rasa? Hurmmm ewewww… not my taste! 
 .
Nak sambung bergambar boleh?
 :: eHem ::
..
 
 :: Berkenan sangat dengan bunga nie .. dia macam bunga jejarum tapi kat sana bunga nie tumbuh versi pagoda cantik kan ::
.
Sambil dok sembang2 budak nie gi gentil rokok daun .. Dia cakap rokok nie perisa vanila.. yuk kita cubain dong!!
:: Gaya kena ada beb ::
.
Okey sekian terima kasih.


Mami Jarum : Fuyooo panjang & banyak gambar n3 hari nie beb. Nak baca versi Dee click here.


Wednesday, February 27, 2013

Bali : Ubud Tegalalang Rice Terrace


Ubud Tegalalang Rice Terrace

Selepas Sari Dewi Gold & SilverCollection kami meneruskan perjalanan ke Ubud.  Dari Kuta ke Ubud mengambil masa 2jam perjalanan (lebih kurang la) Sepanjang Perjalanan ke Ubud kami melalui kawasan2 perkampung dan sawah padi yg comel2 di tepi jalan. Dan di kiri kanan jalan banyak kedai2 jual barang2 kraftangan yang cantik2.  kami cuci mata dari dalam kereta ajo.. Pak supir ade gak bertanya nak singgah ke bu?  Tapi kami cakap “ngak mahu” eceh konon nak tahan nafsu la kan.. tapi ternyata iman ku tak kuat huhuhu.. Hati ku terpikat scooter yang cantik itu .. klu tak salah cuma kat kedai tu yg ada design scooter, kat kedai yg lain takde design scooter camtu.

 :: Urusniaga sedang dijalankan ::
.
Hokey jom la kita merembat satu.. dua.. tiga yes!! sekali 3 scooter :p *dengan izin suami .. mihahahaha* memula satu scooter tu dia nak charge Rp50. Tapi mcm uolls sedia maklum I kan mulut manis oleh yg demikian dapat la 3 scooter + 6 coaster dengan harga Rp140. 
.
Membeli nye sekejap jer tapi nak tunggu dia pasangkan screw tambahan tu la yg kena menunggu lama sikit. pastu boleh lak tuan kedai tinggalkan kami berempat jer kat kedai sementara dia keluar mencari skru. cuba bayangkan klu ade tourist lain nak datang beli acaner? masa tu terus la aku jadi tuan kedai kot :p
.
 :: Ini lah scooter pilihan ku, eLLy beli 3 warna yang berbeza ::
.
Ok sapsapsoii jom kita meneruskan perjalanan ke Tegalalang Rice Terrace.  Kat sini kena bayar entrance fee RP10,000 = RM3.20 per person.

Apakah xtiviti yang kita boleh lakukan bila berada di Ubud tegalalang Rice Terrance?
.
  1. Membeli cenderahati -Kat sini pun ada juga orang berniaga cenderahati, tapi mcm mahal sikit arr. eLLy Cuma beli 5 fridge magnet *cuma hokey :p

  1. Bergambar la beb .. tak ingat pulak kul berapa kami sampai ke Tegalalang rice nie.. tapi dia punye terik mentari omakkaiii memercik mercik peluh didahi tapi posing tetap posing … nak dapatkan port yang cantik kena la tunggu giliran nasib la masa kami sampai tu tak ramai sangat tourist kat situ If not basah ketiak nak menunggu giliran.
 :: Lihatlah sawah padi yang bertingkat tingkat dibelakang kami ::
.
 :: Indah nye pemandangan di tengah hari itew ::
.
 :: Hangatnye mentari sehangat cintaku pada mu ::
eCeh sila jng muntah uolls :p
.
:: Hijau saujana memandang ::
 .
:: Dahaga ya bang?.. ::
  .

Dah puas bergambar di tengah panas moh la kita menerus kan perjalanan ke tanah tinggi ….. ~Bersambung :)(:



Mami Jarum : Ini versi Dee pulak



Tuesday, February 26, 2013

Bali oh Bali

Wah bercintaaaa nak update cite percuitanku di BALI :) Maaf ya ibuk2 dan bapak2 saya baru berkesempatan nak update HARI INI aperrr hari ini?? teng teng teng haha sendiri yg buat sound effact :p yes Dengan ini dengan rasminya saya mempersembahkan RAIKAN CINTA DI BALI episode satu


:: Orang kata bentuk peta Bali nie mcm seekor ayam & Sebijik telor ::
"Tapi mata ku mengambarkan seekor ayam yg tengah berak"
Itu dari kacamata aku la.. korang mungkin nampak lain :p
.
Kami terbang ke Bali pada tanggal 28.Jan.2013. Kami mengunakan khimat penerbangan AirASia berbekalan ticket penerbangan 0.11sen per person. Walaupun terbang dimalam hari tapi berbaloi kot dengan harga ticket yg kami dapat tu. ko hader? 

:: Muka budak happy dapat ticket flight murah ::  

Ater kata pun flight malam khann.. Sampai ke Despansar Bali Airport semestinye pun dah dekat tengah malam, Pak Isme' supir yg dilantik untuk menguruskan perjalanan kami di Bali sudah sedia menanti kami di airport. Dari Airport kami singgah beli roti coz nak standby for breakfast untuk keesokan hari nya. selesai urusan membeli roti kami terus ke Hotel Fave Kuta Square yes kami akan menginap disini selama 5hari/4Malam.


Hari pertama - Pagi

Bersarapan roti sapu tuna & roti letak ikan bilis cili padi yg sis Wahida bekalkan & air Milo 3 in1, Seawal jam 9pagi kami dah keluar dari Hotel. Destinasi kami yang pertama ialah Sari Dewi Gold & Silver Collection. 


:: Kami berempat yang ceria dipagi hari ::

Memula ingat nak la mencari cincin sebentuk dua kat sini. tapi ape kan daya harga Gold @ Silver kat sini boleh tahan mahal nye .. all item sell in USD hokey kalau convert to RM mau x3 la gugak khann. Walaupun tak beli apa2 tapi tak rugi gak kita singgah sini coz kat sini ada pekerja yang akan buat mini tour untuk para tetamu.. dia akan tunjuk cara silver dibentuk pastu ade lah diterang kan itu ini sikit2 pastu dia lepaskan kita gi cuci mata kat dalam tu. tapi kami lepas cuci mata semestinya kan cuci kamera .. kuikuikui jom kita bergambar sampai lebam.



Damage : No entrance fee so NO DAMAGE :)  


Mami Jarum : ini versi Dee :)