Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Thursday, August 30, 2012

Syawal ke2

Di Syawal kedua, Selepas breakfast eLLy & MyLuv terus ke rumah Tok cik @nenek MyLuv yg jarak nye dlm 800 meter dari rumah my MIL. umur Tok Cik dah dekat 93 tahun! tapi alhamdullilah Tok cik masih sihat bertenaga :) For info dia duduk sorang2 kat umah hokey! Biasa lah org tuaaa dorang mana nak tinggalkan rumah peninggalan arwah suami, Banyak kenangan kata nya. Nasib baik lah umah ibu mertuaku dekat jer so senang nak bertanya kabar. adehh tak teringat pulak nak ambik gambar kat kawasan rumah Tok Cik, ada mcm2 pokok buah buahan di halaman rumah & di tepi rumah pulak ade kebun buah peninggalan arwah atok.

Selepas beraya kami terus balik kerumah ibu mertuaku. Lepak sembang sembang jap after lunch terus gerak balik keyelll. Nasib baik la jln tak jem, cuma dari selayang nak ke cheras tu jer yg sesak sikit.

Bila semua adik beradik dah berkumpul di Cheras kami terus konvoi beraya di rumah my auntie di Putrajaya.


Lepas magrib kami gerak ke destinasi lain. Dari Putrajaya kami vrooommm to  Ampang! gi raya umah Mak ndak pulak. kat ampang ada rendang minang uolls.. first time kot eLLy makan rendang minang tu. oh bukan my auntie yg masak yer.. my auntik kan anak mami Penang mana la tau wat rendang minang tu. :) Rendang minang yg eLLy makan aritu dimasak oleh menantu lelaki beliau.

Mcm biasa sembang2 sambil makan .. tik tok tik tok dah malam dlm kul 11pm kot kami pun membawa perut yg sarat barat  dan kekenyangan pulang kerumah :)

Sekian sahaja laporan Raya kedua saya :)
 

Mami Jarum : Selamat menyambut hari Kemerdekaan buat semua. Sayangi la Negara kita yg makmur dan permai ini. Medeka! Merdeka! Merdeka!

Tuesday, August 28, 2012

Satu Syawal

Huuuaaggghhh ... ngantok nye @_@ Jam didinding dah menunjukan jam satu pagii.. tapi eLLy gigih gak nak hapdate sementara mood tengah marii nie :)

Jom kita sambung cite raya ku yg tak seberapa nie, Balik jer dari meronda kat Jln TAR masa malam raya, eLLy & MyLuv terus jer Zzzz .. Kalau dah tidoq waktu 'subuh gajah' bak kata org semestinya pagi raya tu kami pun terbabasss..

Bagun bagi, siap lebih kurang kami terus Vroommmm ke Mentakab

Seperti tahun tahun sebelum nie, setiap kali raya eLLy pasti akan ke Mentakab dulu.. tak perr tak payah nak gaduh gaduh yg pasti raya ke 2,3,4,5,6,7 sampai la ke raya 30 adalah milik ku :p bijak tak bijak tak?

Xtiviti di raya pertama biasa2 aja, sampai umah MIL terus ke dapur carik makanan ;) hebat tak menantu nie? korang berani wat camtu hahaha. Lepas makan, kemas apa yg patut pastu lepak sembang2 dan lepas magrib kami ramai2 terus gerak kerumah my SIL yg dok kat area Termerloh. Makan lagikkk !!  huhu ai like :) dah puas makan sembang kat situ eLLy & MyLuv gerak ker rumah Myuncle kat area Termerloh tu gak ... dan Makan lagik!!! 

Yippie.. Hari Raya pertamaku di penuhi dng xtiviti Makan jalan makan :)

Mami Jarum : Saya dah berjanji pada diri sendiri.. Jika ada kesempatan di tahun hadapan eLLy nak ajak MyLuv balik Metakab at least sehari sebelum raya. Tak kan tiap2 tahun nak balik makan jer kan *HeHeHeHe*

Monday, August 27, 2012

Satu Hari di Malam Raya

Assalamualaikum semua.. Selamat kembali memulakan tugas setelah sekian lama bercuti cutian! Confirm hari nie korang busy giler kan.. HaHaHaHa gelakan kan dia! kenapa gelak kan uolls? eLLy gelakan uolls coz eLLy awal2 lagik dah start kerja so arinie tak de la busy sangat HuaHuaHua. Raya ke 3 eLLy dah kena kerja uolls :'(

So macamana raya uolls? Pasti meriahkan maklum la cuti kan panjang mesti beraya sakan. Raya eLLy tahun nie biasa biasa saja. Xtiviti yg wajib dimalam Raya adelah meronda di Jalan TAR. Dah 2 tahun eLLy wat kerja gila nie :0)


Sehari sebelum Raya mesti la mcm2 benda nak kena buat, Sepas siap semua kerja baru kami keluar umah. Dari Rawang terus ke Ampang coz nak pick up sarung ketupat yg di oder dekat My Gorjes NeeNa. thank you laling coz sudi terima oder last minit nie. Sebab aper last minute? Sebab daun Palas dah habis dipasar dan kami *me & MyMum* tak gheti nak menanyam ketupat :p

Dari Ampang eLLy terus ke Cheras.. Handover Sarung Ketupat, Biskut raya dan segala mak nenek yg sewaktu dng nye dan eLLy terus bergerak ke Jln Munshi Abdullah, Mcm tahun tahun yg sebelum nye setiap kali malam raya MyLuv mesti kena on "Standby mode" so malam tu kami tidoq Hotel la jawap nye. Pasai tu tiap2 tahun dapat pi meronda kat Jln TAR dimalam Raya.

Suasana di Jalan TAR pada jam 05:58 pagi
*Masa nie kami otw nak balik ke Hotel*
Masih ada yg berniaga dan Masih ada yg berShopping!
Rakyat Malaysia memang suka berShopping ;)
 
Selepas penat meronda di Jln TAR, Balik bilik tukar baju lebih kurang terus kami Zzzzzz... Penat weh punya la ramai manusia takda la shopping banyak mana pun. MyLuv dapat rembat sepasang Baju Melayu *Kain Satin, bersulam di leher/tangan dan poket*  dng harga RM50 :)

Memandangkan kami tidor lewat pagi  .... eSok la sambung eh .. okbye!


Mami Jarum : Selamat Hari Isnin kekawan :p

Thursday, August 23, 2012

Happy Birthday, cik eiDa purple !!

When you're young, you're too busy trying to achieve the impossible, when you're old, you're too busy figuring what was so impossible to achieve. Today seems like just the right age! Have a great Birthday and a great year ahead!

Mami Jarum : Happy bday & Selamat Hari Raya darling !!

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin
from eLLy with Love
 
Published with Blogger-droid v2.0.6