Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Monday, November 5, 2012

To Labuan with Love! ::Day One::

Morning!!... Jom sambung cite Mini Honeymoon di Labuan last month dah sebulan kot Aritu sampai jer kat Airport driver dari Hotel dah siap menunggu kami di arrival hall. Naik kete tak sampai 10min eh dah sampaiii .. alahai kejap benar dah sampai :) "Welcome to Grand Dorsett Labuan" itu lah kata2 aluan yang menyambut ketibaan kami dikala pintu Hotel di buka :) Selesai urusan check in Seth Mat sembang2 dng GM Hotel jap, oH tak jangan lak korang ingat kami sampai2 jer dah wat compliant ke apa, sebenarnye GM Hotel nie kawan lama Seth Mat. So bila dah sampai rumah orang tu kena la berjumpa dng tuan rumah nye dulu khannn.

Naik ke bilik.. simpan barang kami golek golek jap .. kalau nak diikutkan memang nak layan tido jer.. tapi memandagkan kami ada temujanji pada jam satu tak jadik nak golek lelama kat katil takut terlelap terusss...

Seperti yang dijanjikan tepat jam satu Mylaling Husna dah datang menjemput kami diHotel.
Siapa Husna? Dia nie dulu blogger gak tapi sekarang dia update sebulan sekali jer kot.. itupun kalau ada la hahaha ..  Dari Hotel kami terus ke "Rumah Kelabu" untuk makan tengahari.

Sampai jer kat Rumah Kelabu, semua dah siap.. tunggu nak makan jer .. aLahaii malu nye saya.. dah la first time jumpa keluarga si Husna nie.. tapi memandangkan perut dah laparr kami makan jer dng penuh lahap sopan santun nye

Menu of the day, Ketam masak lemak / Sambal udang / Udang butter / Ikan Tuna bakar & sambal kicap @ Pencicah dan Menu yg paling istimewa sambal belimbing buluh... Dik for info Seth Mat sampai ke hari ini dok teringat ingat kat sambal belimbing yg Mak ko buat tu dik .. 

Sedap nye.. memula malu tapi sedap punye pasal kami tak malu malu nak tambah :) Serious sedap dik! Lepas lunch dok sembang2 jap pastu kami terus balik ke Hotel. Bila dah kenyang masuk bilik kami zZz sampai ke petang ... ngeee buruk perangai kan :p

Dalam kul 4 camtu Husna datang menjemput kami sekali lagi diHotel, Kali nie untuk projek ronda ronda pulau!.. yippii..

Me and Husana at Surender point Labuan
 
Tempat pertamaa yang kami lawati ialah tempat  surender point Labuan, Jap nak google info jap "Peace Park marks the site where the 32nd Japanese Southern Army surrendered to the 9th Division Australian Imperial Forces towards the end of World War II, on 9th September 1945. The Japanese arrived at Labuan on 1st January 1942, less than a month after they began their campaign in Malaya, landing at Kota Baru and taking formal possession of the island on 3rd January, after facing no resistance. Surrender Point is located along Layang-layangan beach"

Kejap jer kami kat sini .. pusing2 ambik gambar kami terus ke destinasi yg seterusnye .. "The Chimney" di Tanjung Kubong. okey jap nak google info

"Situated on a rise at Tanjung Kubong is the famous ‘Chimney’, a 106 feet high red brick stack believed to be linked to the coal mining days of Labuan. The Chimney, 106 feet tall, was made from more than 23,000 pieces of red bricks imported from ngland. The bricks layering and works are typical of British style.

The ‘
Chimney’ was long thought to be nothing more than a ventilation shaft. However, recent findings revealed that there were no traces of smokes or burning to suggest its use as a chimney as popularly believed. Careful digging has revealed at least 12 layers of bricks beneath the surface. The structure sits firmly on a large tract of limestone rock containing rich kaolin or porcelain clay, which provided the strong foundation.

The ‘
Chimney’ is still very much a mystery until today. Various hypothesis has been put forward to its purpose. Some said it was an unfinished mansion. While others said it was a light house beaconing passing ships. In its heyday, a thriving settlement was built at the sea front area below the Chimney. It was then used as a bell tower to announce the arrival of ships to the residents below. It has become an intriguing riddle that fascinates locals and visitors alike."

Aiseyymennn.. Tutup laa.. rupanye hari ahad The Chimney & Muzium Chimney adalah TUTUP. tak boleh masuk! So korang klu nak ke labuan harap maklum. Maka dengan itu kita ambik gambar dari luar jer la .. lepas tu kami ronda2 satu pulau! tapi sekejap jer la lagipun hari dah gelap.. oh bagi yang tak tahu di Labuan nie jam 6 petang dah macam jam 8 malam hokey!

Balik ke Hotel kami sambung makan lagik .. tapi kami makan yang lite lite jer Memandangkan kami stay kat Club room, so "Pre dinner cocktail" memang dah termasuk dalam package kami.  

Lepas Isyak kami turun jap gi Mall depan Hotel membeli kasut, coz my new shoes yg di beli di KL  dah megigit tumit ku!! Next destination . . . ...

Mami Jarum : Rindunye dng seafood!!


Thursday, November 1, 2012

BUSY ME


Sorry guys!! I've been acting the busy bee today. Will soon be back. Miss you all.


Mami Jarum : Hello November !!

Wednesday, October 31, 2012

WW - S3

:: Saya Sayang Suami ::

Mami Jarum : Hari nie gaji dah keluar harus la sayang suami lebih sikit =)

Tuesday, October 30, 2012

DaYus !!!



Dah banyak kes yg eLLy dengar pasal pasangan yang kena pukul dengan SUAMI. for me lelaki yang kaki pukul perempuan ni memang betul-betul DAYUS.. tersangatlah dayus! Oiit hang tak dak teloq ka? Hang ingat hang dah cukup hebat la bila hang pukui bini hang tu! Musibat betui hang nie kan!

Kes jantan dayus nie berlaku pada orang yg terdekat dng eLLy, Memang eLLy tau yang si Isteri nie memang dah bertahun kena tibai dng laki dia nie. Aku pon tak tau la macam mana la dia boleh tahan. Nasib baik lah tak mati kena lunyai!!

Ape kesalahan yg  bini ko buat sampai ko sanggup buat dia macam tu? Hari hari dia masak untuk ko, Hari hari dia kemas rumah dan kain baju ko, hari hari dia duduk rumah tunggu ke pulangan ko! Hari hari dia sembahyang doa kan ko!

Lelaki memang kebanyakan macam tu eh? Bila dah tak reti nak hargai isteri, Bila dah tak sayang isteri, bila dah ada Betina lain!! ...bila dah… argghhh tak tau la nak cakap apa!! Dasar jantan musibatt!

Oh lagi satu .. hang tau pulak konsep “ambik cara baik, pulangkan pun cara baik” .. Tapi yg tak baik nya pukul 4 pagi hang call Mak Pak mertua hang suruh pi ambik bini hang tu ape cer? EMPAT PAGI kot .. hang nak buat cerita tamil ka apa? hang tak pikir ka perasaan orang tua tu bila pagi2 buta dapat call suruh pi pick up anak perempuan yang selama ini dorang serahkan kat hang!

Tolong ingat ya Perempuan ni memang boleh sabaq untuk masa yang lama tapi bila sekali dia hilang sabaq... Hmmm... hang pikiq la sendiri!! Nak wat camna masa yang lepas tak mungkin akan dapat diputar. Hanya kehidupan kita yang akan berputar, hari ni kita melukakan hati orang lain, tak mustahi satu hari nanti, akan ada orang lain yang akan melukakan hati kita. Hang ingat nooo..

Buat Qaseh (bukan nama sebenar), Sabaq noo takpa tak rugi pun hang berpisah dng jantan dayus camtu! Ramai lagik anak ikan kat luar tu .. hihihi .. Dan harus di ingat kita ini sentiasa di kelilingi oleh  keluarga dan insan2 yg sayang pada kita.. DIA tu mak pak pun buang dia .. itu pun tak gheti bersyukur ada org kutip!


Mami Jarum : Bila di kelilingi oleh insan2 yg bermasaalah dng SUAMI, aku terus merasa sangat bersyukur pabila dikurniakan seorang suami yg sangat budiman, yang sentiasa menerima baik buruk ku dan sentiasa menyayangi ku. Alhamdullilah syukur sesangat. "Buat suami ku Rahmat bin Hashim sayangilah daku seadanya" biubiubiu


Monday, October 29, 2012

Simple Simple jer

Ari Jumaat lepas bersempena hari lahir ayah yg tercinta, kami adik beradik memutuskan untuk membuat majlis merayai birthday boy' dengan majlis yg simple simple jer. kebetulan hari Jumaat tu kan malam raya maka dng itu semua berkumpul la kat umah mak.

Menu kami malam tu selain dari ketupat dan rendang, my SIL masakan bihun soto + bagedil daging, Hujan2 makan bihun soto dengan sup yg panas panas .. perrr terangkat beb! 

Dan Prop yang wajib ada ketika menyambut hari lahir semestinya adalah KeK!! dan untuk pengetahuan semua KeK tersebut disponser sepenuhnye oleh saya *hamboibangganya* bukan nye ape. Masa eLLy nak gi beli kek nie sangat lah mencabar. Seperti yg uolls sedia maklum ari jumaat tu kan hari berkerja, dan eLLy habis kerja secara rasminya jam 6 petang oh tiada istilah 1/2 day ditempat ku. klu dah secara rasminye kul 6ptg, tiktoktiktok haruslah dekat kul 7 baru boleh melangkah keluar. 

Ngam ngam eLLy melangkah masuk TheMall tu jer hujan turun dng lebattttt nyeeeeeeee.. lepas urusan beli kek tak sampai 10minit pun kekonon nak tunggu jer kat dlm SR tu, 10-15-30-45minit tapi hujan masih tidak menunjukkan tanda tanda nak berhenti. Nak call MyBro dtg pick up pun mcm tak berbaloi jer coz nanti mesti dia nak redah jln jem bagai.. kena tunggu lagik! So eLLy decide nak naik taxi jer. Taxi yg pertama REJECT, Taxi yg kedua REJECT, Taxi yg ketiga REJECT !!! hampasgas betul!! akhirnye sampai lah ke Taxi yg ke4. Fuhh nasib baik dia nak antar, tapi dng syarat "adik kena bayar RM25 hingget yer, jalan jem nie.. kalau ikut meter takut lagik mahal nanti" hurmm aku setuju jer la sebab dia panggil aku adik mengenangkan ramai yg tengah menantikan ketibaan ku di rumah.

Tapi sepanjang perjalanan tu eH .. elok jer jalan CLEAR walaupun hujan turun .. hurmm pasrah pasrahhhh.. aku halalkan aje duit aku kat pemandu *N*** tu!

Apa2 pun majlis ringkas kami berjalan dng lancarnye, sesi potong kek & tiup lilin dilakukan bersama cucu cucu tersayang.

Mami Jarum : Banyak gambar kat kamera, tapi malas nak transfer. Sekian harap maklum.