Salam 10 Ramadhan, Singgah sebentar
diblog sendiri sebab dah lama sangat tak terupdate blog ini. Banyak betul
cerita panas diawal Ramadhan nie kan..
Dalam banyak2 cerita eLLy TERINGIN
sangat nak meluah kan yang terbuku dihati melibatkan isu kawin dua. Ini bukan mengenai kes Ashraf muslim tu semata mata, Banyak lagi kisah kawin dua yang boleh di ceritakan. Tapi siapa lah saya untuk bercerita tentang mereka.
Me as a wife, memang takut sangat
kalau dimadukan. Memang tak dapat dibayangkan diakal fikiran ku kalau satu hari
nanti kalau “aku dimadukan” Macam mana lah perasaan aku di ketika itukan. Takutttttt
Perempuan oh Perempuan,
Mengapakah kau tergamak melukan hati seorang wanita lain? Mengapakah kau
sanggup merampas suami mereka? Mengapa dan mengapa?
Mungkinkah kerana kamu belum
bersuami, dengan itu kamu tak akan paham apa yang kami maksudkan (isteri
pertama), dan kamu tak akan mengerti apa itu sakitnya hati bila di cinta dikhianati.
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan
Allah… Kerana satu dunia tahu hanya itu lah jawapan mudah untuk lepaskan
kekhilafan yg disengajakan…
Sekian,
Aku perempuan, isteri dan kesetiaan..
3 comments:
Aku setuju..alangkan janda pun boleh dpt org bujang ..anak2 dara please lah cari orang bujang jugak..kenapalah suami orang juga yg didamba..esok bila kamu juga dimadukan..ha..baru faham perasaan seirang isteri sebenarnya. .huhu..mmg musuh seorang wanita ialah wanita sendiri :-)
betul apa kak elly ckp dia tak merasa jadi isteri pertama tak rasa perasaan suami di ambil orang..takpe tunggu giliran ko ye
Mudah sangat nak menyalahkan takdir dipertemukan dengan suami orang. Kalau terkena diri sendiri, barulah tahu langit tinggi ke rendah. Asyik nak menyalahkan pihak yang satu lagi kerana tak pandai jaga suami. Kalau bertepuk sebelah tangan, manakan berbunyi. Betul tak?
Post a Comment