Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Tuesday, March 26, 2013

My double breakfast for today!

Hari ini eLLy bersarapan dua kali ... sebut betul-betul DUA KALI yer kawan-kawan :)
.

  • Bangun sedikit lewat
  • Jalan clear
  • Breakfast kek di dalam kereta
  • Sampai opis jam 9:30 pagi
  • Masuk opis ada rezeki lagi yang menanti di meja

Carnation quick kitchen’ Menurut kata si pembeli ada promosi dekat LRT station, RM3 untuk Secawan kopi dan sekeping omelette’ dan it’s yummmyyyyy

Okey let's do the work!




Mami Jarum : Rezeki jangan ditolak kolestrol jangan di cari muhahahahaha


Monday, March 25, 2013

Sarapan dimana?


Pengenalan
Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama. 
.
Faedah
Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal (menjadikan anak le-bih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan. 
.
Manfaat
Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan focus.


Mami Jarum : Sarapan ku tertinggal didalam peti ais :(   #moodlapaqqq


Friday, March 22, 2013

Si rabun warna ;)

Light purple vs Black & Blue?
:: Gambar diambil pagi tadi ketika berada di dalam kereta, otw ke tempat kerja ::
.
Siapakah gerangan yang dimaksudkan? Si rabun warna yang dimaksudkan itu adalah suami ku sendiri.. hihi ammmpunnn sayang.. bukan niat ku untuk mentertawakan diri mu :p Tapi rabun warna suamiku itu tidak la kronik sangat. Beliau cuma rabun bab nak memilih tali leher untuk dipadankan dengan baju kerja sahaja.
Selalunya.. ulang sekali lagi SELALUNYA eLLy yang akan letakkan tali leher untuk dipadankan dengan baju yang hendak dipakai. Tapi ada ketikanya Seth Mat buat sendiri. alah benda simple jer kan tak susah mana pun. Cuma bila gabungan baju dan tali leher tak menjadi tu yang membuatkan Si isteri geram. Geram sebab nanti mesti ada yang cakap isteri nak pandai hias' suami.. well kat tempat i nie pun ada.
 
Contoh :-
1. Bini ko tak gosok ke baju ko ni?
2. Kalau bini aku mesti dia bla bla bla ...
3. eh bini ko tak masak ke?
 
Itu contoh.. so kalau kat tempat kerja i ada soalan soalan macam tu, mesti tempat kerja Seth Mat pun ada kan? dan tak mustahil tak tempat kerja uolls pun ada ;)

Well kalau asyik memikirkan apa yang orang cakap pun tak guna jugak kan. Back tu cerita rabun warna' dalam geram melihat Seth Mat pakai baju warna lain Tali leher warna lain. ada masanya rasa nak gelak jugak ;) Bila kita tanya ngape pakai tie warna lain?  dia cakap "ini lah trend .. i tengok ayang pakai seluar pink baju ijau okey jer" adoiii la suami.

okey la stop dulu membebel pasal laki, Now nak make up. Hari nie report duty jam 11pagi. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, March 21, 2013

IBBI - Ikan bakar belakang Istana

Edisi jalan jalan cari makan versi Suami isteri yang kelaparan, Malam tadi kami telah pergi menerjah sebuah kedai makan "Ikan Bakar" yang berlokasi dijalan Bellamy, atau yang lebih dikenali sebagai "Ikan bakar belakang Istana".

Ini bukanlah kali pertami serbuan dibuat. mengikut kata suami ini mungkin serbuan kali yang ke 7 atau yang ke 8. Walaupun demikian kami tetap tidak jemu untuk menerjah ke lokasi tersebut buat kali yang ke 9 atau seterusnya..

Untuk rujukan anda, Cuma satu kedai sahaja yang beroperasi di malam hari, Kedai yang pertama berdekatan dengan tempat parking @ di hadapan surau.

Waktu operasi : 6 petang sehingga 10 malam.
Nombor untuk di hubungi : *jap nak dapatkan dati Seth Mat dulu, Nanti i update*

 :: The Husband & The Wife ::

:: The Food ::

 :: The Tulang ::

Keseluruhan makanan disini adalah sedap! Kepada semua warga kota, anda dijemput untuk mencuba menikmati keenakan ikan bakar jalan Belammy / Belakang istana dimalam hari. Sebab apa harus mencuba dimalam hari? berikut adalah sebab-sebab nya
  • Jalan tak jem
  • Parking senang
  • Meja senang dicari
  • Sejuk

Damage :-
Tea O' Limau suam

Sup sayur
Ikan talapia merah bakar (Saiz besar)
Sotong bakar (Saiz serdehana)
Nasi putih

Jumlah yang perlu dibayar : RM37
 

Mami Jarum :  Usah ditanya kenapa saya gomok.. tapi tanyalah kenapa saya tak kurus! muhahahahaha


Wednesday, March 20, 2013

WW - Temerloh with love


#Jangan terkejut melihat kulit ku yg agak gelap itu, Sememang nye sunburn dari Bali hari tu tak hilang-hilang lagi



Published with Blogger-droid v2.0.10