Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Friday, March 22, 2013

Si rabun warna ;)

Light purple vs Black & Blue?
:: Gambar diambil pagi tadi ketika berada di dalam kereta, otw ke tempat kerja ::
.
Siapakah gerangan yang dimaksudkan? Si rabun warna yang dimaksudkan itu adalah suami ku sendiri.. hihi ammmpunnn sayang.. bukan niat ku untuk mentertawakan diri mu :p Tapi rabun warna suamiku itu tidak la kronik sangat. Beliau cuma rabun bab nak memilih tali leher untuk dipadankan dengan baju kerja sahaja.
Selalunya.. ulang sekali lagi SELALUNYA eLLy yang akan letakkan tali leher untuk dipadankan dengan baju yang hendak dipakai. Tapi ada ketikanya Seth Mat buat sendiri. alah benda simple jer kan tak susah mana pun. Cuma bila gabungan baju dan tali leher tak menjadi tu yang membuatkan Si isteri geram. Geram sebab nanti mesti ada yang cakap isteri nak pandai hias' suami.. well kat tempat i nie pun ada.
 
Contoh :-
1. Bini ko tak gosok ke baju ko ni?
2. Kalau bini aku mesti dia bla bla bla ...
3. eh bini ko tak masak ke?
 
Itu contoh.. so kalau kat tempat kerja i ada soalan soalan macam tu, mesti tempat kerja Seth Mat pun ada kan? dan tak mustahil tak tempat kerja uolls pun ada ;)

Well kalau asyik memikirkan apa yang orang cakap pun tak guna jugak kan. Back tu cerita rabun warna' dalam geram melihat Seth Mat pakai baju warna lain Tali leher warna lain. ada masanya rasa nak gelak jugak ;) Bila kita tanya ngape pakai tie warna lain?  dia cakap "ini lah trend .. i tengok ayang pakai seluar pink baju ijau okey jer" adoiii la suami.

okey la stop dulu membebel pasal laki, Now nak make up. Hari nie report duty jam 11pagi. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

pesyennnn kak! :)

Rasp said...

color block...
dia pun nak try gak...
hehehehehehhehehe...

akubiomed said...

Nampak gaya memerlukan penasihat keterampilan. <--eh betulker ayat nih? :-)