Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Monday, March 25, 2013

Sarapan dimana?


Pengenalan
Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama. 
.
Faedah
Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal (menjadikan anak le-bih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan. 
.
Manfaat
Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan focus.


Mami Jarum : Sarapan ku tertinggal didalam peti ais :(   #moodlapaqqq


7 comments:

NM03 said...

ganti puasa / mood... kebuloq!

:: Mrs.Eady :: said...

sarapan dari rumah :) bwk bekallll :)

nUR_rOsALiNdA said...

Kalau tabiat makan ko x yah ajar aku kak...Aku dah pandai sangat dah tabiat yg satu ni..Hahahahahaha!!~

Dee said...

Ilmiah giler blog..hahaha..

Rasp said...

me eat cereal today...
healthy kannnn...
tapi hari je lah...hehehehehe

eLLy said...

dee, Ko jangan perli aku noks :p

my all said...

brekfes aku pagi tadi adalah meehun goreng + telur rebus + sambal ikan bilis...

sedap giler kot...