Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Monday, March 19, 2012

Cinta Kura Kura

Selamat Hari Isnin.. Semua dah masuk opis? oh kiranye semua dah selamat menempuhi jem di padi hari, Cuti sekolah dah habis, JEM pun bermula gitu lah lumrah hidup di Kota metropolitan nie .. eCeh ..

Last friday eLLy dapat ticket FREE untuk menonton "cinta kura kura" ticket nie a gift from heart dari Ms Mala thanks dik!! Walau pun plan asal memang nak gi tengok dng kamu tapi aper kan daya takdir menentu segala nya HaHaHa sengal !!


Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi dia cuma bercakap dng Adam jer. Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha sabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani. Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum. 

eLLy dah tengok best best memang best!! walaupun lawak dia lite lite tapi masih mampu mengeletek hati ku.. kura2 jantan Nico menggunakan suara Zizan hurmm memang dah kompom2 la kelakar.. oh sebelum terlupa Nico nie ade awekss tau, dari spisis kura2 jugak watak kura2 nie dilakon kan oleh Fara Fauzana lupa lak nama aweks dia.. Kura2 betina nie ade lak atok' watak atok nie guna kan suara si ucup wilcha @ usop HotFM. So total kura kura yg berlakun dalm cite ini ade lah 3 :)

Diantara babak babak yg menarik dalam cite nie :
  • Nico dng belagaknya baca buku cerita kanak2.. kura kura dan arnab :)
  • Amin abg pada Nani yg asal nye dari kumpulan nasyid tetiba join group indie, korang bayangkan dia nyanyi mcm mana :) tangan tetap maintain agagagaga 
  • Watak rock kapak yg dilakunkan oleh Harun salim bacik & taugeh raja lawak walaupun buta tapi tetapi join grp indie.
  • Si Fadzly tu pulak asalkan masuk kete jer CONFIRM layan lagu dangdut!!

Ohh lagi satu .. Hero dlm cite nie sangat lah cute dimata ku ... Aeril Zafrel :D
boleh dijadikan stock anak ikan yg baru nie hahahaha... Dasar tak sedar diri :) gurau gurau jer klu tak boleh gurau gi masuk surau lah !! ngeh ngeh ngeh ..

Opss lupa lak nak inform aritu eLLy gi nonton dng DEE. Plan asal nak tengaok kat  MBO Galaxy Ampang jer tapi rupanye show kat situ dah tak der, nasib baik si Mala tu gi check dulu if not wat ponat ajoo den ke sano.. Dan memandangkan ticket nie boleh juga digunakan di TGV maka dng itu kami beralih arah ke TGV yg berdekatan. Show yg available pada tika dan waktu itu hanya lah di TGV The Mines. Oleh yg demikian kami pun Vroommm ke sana.

Ucapan terima kasih wat Mala kerna menaja 3 ticket, Tak lupa jugak pada Kak Tina sebagai penaja penangkutan rasmi yg membawa kami ke The Mines :)

14 comments:

*SiRibenMerah said...

wahhhh..
menjeles ai dating x ngajak... waaaaaaaaaaaa~

rasp said...

yg bertambah tambah best sbb tiket free & gi dgn geng sekepala kannnn..

wahida said...

aku mcm malas nak tgk citer ni..tapi ramai blogger kata best, nnt nak try tgk lah...

+ e.z + said...

hik3. cam comel jerk citernyer yer? :)

Bitt (double IS) said...

owh ada zizan...mesti best... ;)

Mimy Hamid said...

yer ar kak elly ramai kata citer ni best dari citer adnan sempit

eLLy said...

Iyra,Dapat ticket pun last minit pastu memikirkan nakti ko nak balik Gombak leceh *akak balik cheras*

Rasp,Yeszaaaaa FREE maa :D

Wahida, Best noks Nanti ko beli kat Astro first jer :p

.

eLLy said...

eB, a'aa tomey2 cute2 coz pelakon dia pun cute :p


Bitt, Suara zizan jer badan kura2 HaHaHa


Mimy, betul betul betul x100 :D

fieda said...

tggu tgk on9 jer la..

Nurmala Mazlan said...

Sudahnya aku yg x dpt tgk kak!!!~
Huwaaaaaaaaa~ Takpe² nnt ada ticket free lagi aku roger ek..

Dee said...

eh..penaja pengangkutan kau tu sesat eh..ni mesti gara2 sembang..hahaha..

eLLy said...

Fieda, a'aa memang dah tak sempat kot klu nak ke panggung :p

Mala, thanks laling.. ade lagi nanti roger roger tau .. muuaaahhh :D

Dee, aa'a dia salah masuk simpang. Tapi time balik tak taulak dia sesak ke tak :D

.

Pepel BoNda AmaNi said...

nak sentap ke x nie nyek...:P

eLLy said...

Eida tak payah mengada nak sentap!! ko kan balik kampung :p