Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Bali : Alam Bali Coffee



Perhentian seterusnya ialah Alam Bali Coffee.




:: eHem cantik tak model tu ::
.
Disini tiada bayaran masuk dikenakan. Dari parking ada sorang guide yg akan bawak kita masuk ke dalam ala-ala mini hutan gitew.
 .


:: Pintu masuk ke mini hutan ::
.
Menariknya disini, ada tanaman pelbagai jenis spices/rempah mcm serai wangi, Lada hitam, kunyit, lengkuas, kulit kayu manis, halia. Ada jugak pokok kopi arabica, koko, vanilla. Pokok buah-buahan pun ada sama mcm kat Malaysia Cuma yg special kat sana ada pokok Markisa.
.
 :: First time tengok pokok Markisa & Buah Markisa ::
..'
 :: Konon nak posing prisis model tapi kaki bersepah ::
.
:: Proses untuk menghaslikan kopi Luwak ::
.

Selepas berkenalan dengan pokok2 rempah ratus dan buah buahan. Macamlah kat Malaysia takde. Kami diberi kecempatan untuk melihat macamana kopi luwak diproses.

Proses dia senang jer..
Luwak makan kopi => Pastu dia poo poo => kopi yg keluar itew diasingkan dari najisnya serta dibuang kulit (mcm kuaci)  => biji dlm kulit akan disa’ngai (goreng tanpa minyak) => ditumbuk halus. Siap!! Halal ke tak halal?  Boleh rujuk di SINI.
.
Uolls pemandangan kat sini sangat lah supeppppp!! Tambahan pulak bila di iringi tiupan angin yg sepoi sepoi bahasa .. perghhhhh layan beb.. Jom kita bergambar yuk!!!
.
:: Me and Dee ::
.
 :: Me and My darling ::
.
 :: Again ... Auchh ngapa mata stim jew tu ::
.
:: Deretan kopi & tea yg disediakan ::
.


Merujuk pada gambarajah di atas, Selepas dia tunjuk proses kopi, dorang akan sediakan 2 set minum tea dan kopi yg pelbagai rasa secara PERCUMA. Tapi sumpah eLLy tak ingat nama minuman yg kami rasa tu :p Oh btw kami sempat juga mencuba secawan Luwak Coffee. Harga Luwak coffee adalah RP50,000 = RM16. Rasa? Hurmmm ewewww… not my taste! 
 .
Nak sambung bergambar boleh?
 :: eHem ::
..
 
 :: Berkenan sangat dengan bunga nie .. dia macam bunga jejarum tapi kat sana bunga nie tumbuh versi pagoda cantik kan ::
.
Sambil dok sembang2 budak nie gi gentil rokok daun .. Dia cakap rokok nie perisa vanila.. yuk kita cubain dong!!
:: Gaya kena ada beb ::
.
Okey sekian terima kasih.


Mami Jarum : Fuyooo panjang & banyak gambar n3 hari nie beb. Nak baca versi Dee click here.


Wednesday, February 27, 2013

Bali : Ubud Tegalalang Rice Terrace


Ubud Tegalalang Rice Terrace

Selepas Sari Dewi Gold & SilverCollection kami meneruskan perjalanan ke Ubud.  Dari Kuta ke Ubud mengambil masa 2jam perjalanan (lebih kurang la) Sepanjang Perjalanan ke Ubud kami melalui kawasan2 perkampung dan sawah padi yg comel2 di tepi jalan. Dan di kiri kanan jalan banyak kedai2 jual barang2 kraftangan yang cantik2.  kami cuci mata dari dalam kereta ajo.. Pak supir ade gak bertanya nak singgah ke bu?  Tapi kami cakap “ngak mahu” eceh konon nak tahan nafsu la kan.. tapi ternyata iman ku tak kuat huhuhu.. Hati ku terpikat scooter yang cantik itu .. klu tak salah cuma kat kedai tu yg ada design scooter, kat kedai yg lain takde design scooter camtu.

 :: Urusniaga sedang dijalankan ::
.
Hokey jom la kita merembat satu.. dua.. tiga yes!! sekali 3 scooter :p *dengan izin suami .. mihahahaha* memula satu scooter tu dia nak charge Rp50. Tapi mcm uolls sedia maklum I kan mulut manis oleh yg demikian dapat la 3 scooter + 6 coaster dengan harga Rp140. 
.
Membeli nye sekejap jer tapi nak tunggu dia pasangkan screw tambahan tu la yg kena menunggu lama sikit. pastu boleh lak tuan kedai tinggalkan kami berempat jer kat kedai sementara dia keluar mencari skru. cuba bayangkan klu ade tourist lain nak datang beli acaner? masa tu terus la aku jadi tuan kedai kot :p
.
 :: Ini lah scooter pilihan ku, eLLy beli 3 warna yang berbeza ::
.
Ok sapsapsoii jom kita meneruskan perjalanan ke Tegalalang Rice Terrace.  Kat sini kena bayar entrance fee RP10,000 = RM3.20 per person.

Apakah xtiviti yang kita boleh lakukan bila berada di Ubud tegalalang Rice Terrance?
.
  1. Membeli cenderahati -Kat sini pun ada juga orang berniaga cenderahati, tapi mcm mahal sikit arr. eLLy Cuma beli 5 fridge magnet *cuma hokey :p

  1. Bergambar la beb .. tak ingat pulak kul berapa kami sampai ke Tegalalang rice nie.. tapi dia punye terik mentari omakkaiii memercik mercik peluh didahi tapi posing tetap posing … nak dapatkan port yang cantik kena la tunggu giliran nasib la masa kami sampai tu tak ramai sangat tourist kat situ If not basah ketiak nak menunggu giliran.
 :: Lihatlah sawah padi yang bertingkat tingkat dibelakang kami ::
.
 :: Indah nye pemandangan di tengah hari itew ::
.
 :: Hangatnye mentari sehangat cintaku pada mu ::
eCeh sila jng muntah uolls :p
.
:: Hijau saujana memandang ::
 .
:: Dahaga ya bang?.. ::
  .

Dah puas bergambar di tengah panas moh la kita menerus kan perjalanan ke tanah tinggi ….. ~Bersambung :)(:



Mami Jarum : Ini versi Dee pulak



Tuesday, February 26, 2013

Bali oh Bali

Wah bercintaaaa nak update cite percuitanku di BALI :) Maaf ya ibuk2 dan bapak2 saya baru berkesempatan nak update HARI INI aperrr hari ini?? teng teng teng haha sendiri yg buat sound effact :p yes Dengan ini dengan rasminya saya mempersembahkan RAIKAN CINTA DI BALI episode satu


:: Orang kata bentuk peta Bali nie mcm seekor ayam & Sebijik telor ::
"Tapi mata ku mengambarkan seekor ayam yg tengah berak"
Itu dari kacamata aku la.. korang mungkin nampak lain :p
.
Kami terbang ke Bali pada tanggal 28.Jan.2013. Kami mengunakan khimat penerbangan AirASia berbekalan ticket penerbangan 0.11sen per person. Walaupun terbang dimalam hari tapi berbaloi kot dengan harga ticket yg kami dapat tu. ko hader? 

:: Muka budak happy dapat ticket flight murah ::  

Ater kata pun flight malam khann.. Sampai ke Despansar Bali Airport semestinye pun dah dekat tengah malam, Pak Isme' supir yg dilantik untuk menguruskan perjalanan kami di Bali sudah sedia menanti kami di airport. Dari Airport kami singgah beli roti coz nak standby for breakfast untuk keesokan hari nya. selesai urusan membeli roti kami terus ke Hotel Fave Kuta Square yes kami akan menginap disini selama 5hari/4Malam.


Hari pertama - Pagi

Bersarapan roti sapu tuna & roti letak ikan bilis cili padi yg sis Wahida bekalkan & air Milo 3 in1, Seawal jam 9pagi kami dah keluar dari Hotel. Destinasi kami yang pertama ialah Sari Dewi Gold & Silver Collection. 


:: Kami berempat yang ceria dipagi hari ::

Memula ingat nak la mencari cincin sebentuk dua kat sini. tapi ape kan daya harga Gold @ Silver kat sini boleh tahan mahal nye .. all item sell in USD hokey kalau convert to RM mau x3 la gugak khann. Walaupun tak beli apa2 tapi tak rugi gak kita singgah sini coz kat sini ada pekerja yang akan buat mini tour untuk para tetamu.. dia akan tunjuk cara silver dibentuk pastu ade lah diterang kan itu ini sikit2 pastu dia lepaskan kita gi cuci mata kat dalam tu. tapi kami lepas cuci mata semestinya kan cuci kamera .. kuikuikui jom kita bergambar sampai lebam.



Damage : No entrance fee so NO DAMAGE :)  


Mami Jarum : ini versi Dee :)


Monday, February 25, 2013

Pelangi menyerang Rawang

Wah tajuk.. ape kes datang serang menyerang nie!! kuikuikui sebenarnye takde pun kes serang menyerang. Dorang saje jer datang wat rombongan cik kiah coz nak makan laksa kat umah saya yang jauhhhh tu :p

iolls buat laksa & order bihun jer, Sis wahida bawak coctail, Sis Nor bawak palova, egg tart & cokolat ball, Sis Amy & Dee bawak kek. Konsep utama cuma datang makan laksa jer. tapi bila dah campur2 jadi lah banyak  


Dari kiri cepat jalan .. Wahida, Dee, Eida terlebih lentok nampak sikit jer muka dia. Me, Amy, Ayu, Nor, Kak tina, dan yang paling depan Iyra. Walaupun sis Rasp tak dapat join tapi kamu tetap di hati .. eCeh


Psttt menu yg tertinggal ialah ice cream Malaysia :p *dah malam baru teringat nak jamu kat tetamu* Terima kasih pada semua yg sudi datang bertandang ke teratak comel ku. Maaf sekiranya ada kekurangan jangan serik datang lagi yer.

Oh tak lupa juga terima kasih tak terhingga buat suami ku yg terrrsanyang.. terima kasih kerna :-
  • Menolongku di dapur @ merebut barang di dapur
  • Menolongku membancuh air buat para tetamu
  • Menolong ku melayan tetamu lelaki aka Suami kepada sahabat Pelangi ku
Terima Kasih sayang .. Muaaaahhhh


Mami Jarum : Oh gambar sekeping pun ceq tak sempat nak ambik.. ini semua gambaq copy paste dari kekawan ajoo, Kecuali gambar yang last tu :p


Friday, February 22, 2013

Demi kamu o_O

Gambarajah diatas adalah gambar bahan mentah yg telah dibeli untuk projet sains rumahtangga.

PELANGI di atas permintaan ramai kita jumpa esok eh o_O


Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, February 20, 2013

Blogger with TWO personality



Hi I’m eLLy .. I’m debab .. but I’m not a blogger with TWO personality itew oOopss…



Sape yg nak kepoci mcm i tu gi clik sini http://bvlgarigirl-sebenar.blogspot.com/




Mami Jarum : Berapa banyak I’m .. I’m daaa



Tuesday, February 19, 2013

Chinta Hati ...





Caye rasa lagu nie lagi best!!! Kan kan kan.. kan jenet kan.. kan kan kan

Monday, February 18, 2013

n3 BALI :)

Nak update cite Bali .. tapi asyik lah tertanguhhhhhh… Geram dengan diri sendiri!!
Ok itu jew nak cakap. Happy working guys!! and Happy BlogWalking too *_*


Mami Jarum :  Ade budak opis nie dah bergelar Blogger .. blogger Iban hokey .. ko ader?


Wednesday, February 13, 2013

WW - Pou!




Mami Jarum : Baru terjebak daaa.. setakat ini sudah level 3 .. Pou!


Thursday, February 7, 2013

Boboiboy


Yeaaaa it's a Boy!!! Ain Yan dah selamat bersalin tadi. 4kg beb *Becarrrr mcm Masy* Rekod terkini 7 lelaki 1 perempuan.. Isya still number one dlm list Mamu ^_^

Mami Jarum : Mamu, List duit Raya for this year jng lupa tambah lagi satu eh :p


Wednesday, February 6, 2013

WW - Rinduku bertaut



Mami Jarum : Merindui  keindahan percutian ku di Bali


Tuesday, February 5, 2013

Intro

 :: Day 1 ::

 :: Day 2 ::
 
 :: Day 3 ::

 :: Day 4 ::

 :: Day 5 ::

Mami Jarum : Sedang mencari ilham ...