Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Wednesday, September 26, 2012

WW - eH betul ker?



Mami Jarum : Sila berpijak di bumi yang nyata >.<

Monday, September 24, 2012

AMAZING, BEAUTIFUL & HONEST

Assalamualaikum, gOOd Morning!! kawan kawan. amacam? camner mood pagi Isnin nie? Ceria, Teruja, Sentap, Sengal? ape ape jer la kan yg penting tak menyusahkan rang khannn..

Mood eLLy hari nie? Hurmmmm biasalah pepagi nie harus lah mood LAPAR :p ade ker mood lapar? ke aku sorang jer ada mood camtu hehehhe. Well eLLy dan kelaparan memang tak dapat dipisahkan *wink*

Banyak story hujung minggu yg nak dikongsi bersama disini tapi masa tak mengizinkan. skema la pulak nanti bila dah free sikit eLLy akan update or save in draft and publish kan esok. Insyallah.

Kata penutup hari nie.. Mari lah Share dng eLLy, which first 3 words you see to describe yourself!!
eLLy saw:  AMAZING, BEAUTIFUL & HONEST !!  So what about you? ^_^




Mami Jarum : Mood BW dah datanggggg .... Tungguuuu

Friday, September 21, 2012

Kurma amat power - untuk sihat, bijak, cantik, kuat ;)

Saudara-saudari yang disayangi dan dihormati.
 
Buah Korma adalah adalah pemberian Allah kepada kita yang cukup cantik untuk kesihatan manusia. Kaum yang suka makan korma kebanyakkannya daripada kaum yang bijak, sihat, penglihatan baik, kulit cantik, gagah dan berani.
 
Dikatakan apabila ibu mengandung, digalakkan makan korma sekurang-kurangnya 3 biji hingga 7 biji setiap hari kerana akan dapat anak yang sihat, tenang, penyabar dan bijak. Itu kepercayaan kaum Arab dan nyata terbukti. Biar saya jelaskan daripada hasil bacaan saya.
 
Korma mengandungi MINERAL dan VITAMIN yang secukupnya untuk semua keperluan kesihatan kita. Kandungan Mineral dan Vitamin di dalam korma sudah cukup untuk anak-anak yang membesar, ibu yang mengandung, anak-anak muda, orang dewasa sehinggalah WARGA EMAS. MAKA KITA SAMASEKALI TAK MEMERLUKAN MULTIVITAMIN DARI FARMASI.
 
Biar saya senaraikan kandungan Mineral Natural sebiji korma sahaja:
- POTASSIUM (tiada buah-buahan dalam dunia yang boleh mengatasi kandungan potassium dalam korma => 984mg)
- Phosphorus
- Magnesium
- Calcium
- Sodium
- Iron
- Selenium
- Manganese
- Copper
- Zinc
 
Senarai Vitamin NATURAL dalam sebiji Korma:
- Vitamin A
- Vitamin B Complex - B1, B2, B3, B5, B6, B7, B12
- Vitamin B9 (28 mcg - korma di kalangan buah yang mempunyai kandungan FOLATE yang tinggi dalam dunia)
- Vitamin C
- Vitamin E
- Vitamin K
 
Manusia yang ingin sihat perlu memakan sekurang-kurangnya 2,000mg POTASSIUM setiap hari. Dengan memakan 3 biji korma setiap hari, keperluan POTASSIUM sudah cukup untuk kita semua
 
APA GUNA POTASSIUM yang secukupnya UNTUK MANUSIA:
=> MEMPERKUATKAN JANTUNG dan mengelakkan lemah jantung
=> MENGAWAL TEKANAN DARAH dan mengelakkan tekanan darah tinggi
=> MENGAWAL KESEMPURNAAN PUMP JANTUNG
=> Menguatkan dan membantu otot bertindak dengan baik serta mengelakkan cramp
=> Mengelakkan STROKE
=> Membantu saraf berkomunikasi antara satu sama lain.
 
APA GUNA FOLATE / FOLIC ACID / Vitamin B9 yang secukupnya untuk manusia :
=> mengelakkan KECACATAN bayi dalam kandungan dari Spina Bifida
=> mengelakkan KEMATIAN BAYI dalam kandungan dan kematian sejurus melahirkan
=> mengelakkan daripada cell-cell badan berubah menjadi cancer
=> mengelakkan daripada terkena epilepsy (gila babi)
=> mengelakkan kencing manis Type 2
=> mengelakkan daripada sakit kulit
=> mengelakkan daripada rheumatism/arthritis
=> mengelakkan daripada asthma
=> mengelakkan kurang darah
=> PENUMBUHAN, PERKEMBANGAN dan PENYEMBUHAN cell-cell badan
 
AWAS : Semua Mineral dan Vitamin hanya akan menjadi baik untuk manusia SEKIRANYA diperolehi secara natural daripada memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan haiwan. Melainkan mendapat nasihat doktor, pengambilan MINERAL dan VITAMIN daripada supplement FARMASI hanya membawa padah dan merosakkan kesihatan. Namun ada beberapa bahan yang perlu kita ambil sebagai supplement kerana badan kita tak dapat proses secukupnya - minyak ikan & 4 lagi.
 
Jadinya, KORMA adalah makanan yang amat penting untuk semua peringkat umur manusia - lelaki dan perempuan. Bagi wanita yang inginkan anak, memakan korma sangat penting sebelum mengandung lagi, ketika mengandung dan semasa menyusukan.
 
Korma-korma yang baik adalah daripada Semenanjung Arab sehingga ke Syria. Saya beranggapan korma bawah sedikit kualiti ialah daripada Iraq dan Utara Afrika ( Mesir, Tunisia, Libya dan Morocco ).
 
Selain daripada korma, buah-buahan yang cukup baik untuk kesihatan dan seharusnya dimakan setiap hari selang-seli ialah : BETIK MERAH ( papaya ), PISANG ( banana ), DELIMA ( pomegranate ), ANGGUR ( grapes ), KISMIS ( raisins ), MANGGA ( mango ), TEMBIKAI ( watermelon ), NENAS ( pineapple ), STRAWBERRY, TOMATO, APPLE, PEAR, GUAVA, GRAPEFRUIT ( limau gedang ) dan BUAH LAI .
 
Tapi untuk menyamai 3 biji korma sahaja, anda perlu makan 4 biji pisang saiz sederhana atau 300gram potongan betik atau 4 biji apple. Betik takpa jugak ... tapi ... jenoh lerr... bila perot penoh pisang atau apple.  Jadinya, boleh selang-seli tapi jangan miss makan korma setiap 3 atau 4 hari.
 
Semoga sihat badan, panjang umu r dan dilimpahi rezeki yang banyak serta barakah.

Mami Jarum : Copy Paste dari Ymail

Wednesday, September 19, 2012

Pagi yg berjerebu

Salam semua. Tempat uolls berjerebu tak hari nie? sepanjang perjalanan eLLy ketempat kerja (Rawang to KL) keadaan diluar kereta amat lah berjerebu.. dah masuk KL pun same. Mengapa kah? ada hutan yg terbakar ker? semakin menipis lah ozon dibumi ku ini.

Ok sebelum terlupa eLLy nak say sorry coz kebelakangan nie eLLy tak sempat nak wat BlogWalking. Bukan menyombong tapi kesibukan kerja yg membuatkan aku begini. eCeh bajet mcm pekerja misali la pulok kan. Tapi itu lah hakikatnye. usahkan nak BW nak update blog sendiri pun tak perkesempatan. nak wat auto publish pun tak sempat nyekkkkk!

Hurmm tengah dok tekun menaip n3 nie, Tetiba Si eiDa purple lak SmS. Hurmmm terbantut terus nak story ape kat sini. okey bye! nak gi layan sMs pompuan tu jap ;)


Mami Jarum : Kekadang aku pun tak paham ngape aku tak sempat nak wat auto publish 


Monday, September 17, 2012

Hai

Assalamualaikum .. *tak jawap dosa*,
Haiii kawan kawan ... *sambil melambai lambai tangan*
Helllooo semuaaa .. *sunyi*
Yuuuuhuuuu .. *Sepi*

OoO korang tak kerja eh! Okey bye!!


Mami Jarum : Nampak gaya nye aku sorang jer yg berkerja hari nie

Thursday, September 13, 2012

Happy belated bday to Me *_*


8/9/2012 Im officially 34 Now!  Cepat betul masa berlalu, tik tok tik tok dah besarrr rupanye anak Pak Ali nie. Dulu masa kecik kecik tak sabar nak besar dewasa coz nak kerja boleh pegang duit sendiri.. boleh beli baju cantik2 dan yg paling utama tak sabar nak besar coz nak kawen jadi pengantin >.< i mengaku hokey memang rasa mcm tak sabar nak jadi pengantin coz boleh pakai baju lawa2 pakai inai penuh dijari. nak duduk di pelamin renjis renjis dipilis... hihi i like

Tapi bila umur dah makin meningkat nie, rasa mcm nak kembali ke zaman muda remaja.. kembali ke zaman saham tengah naik ;) zaman boleh naik bas mini free coz kondaktor bas tu minat kat ai ...  *matakeatastangandidada* Namun semuanya kini hanyalah kenangan. kenangan indah yg mengiringi liku liku kehidupan ku yg kini telah pun ber usia 34 tahun. 

"Terima kasih Ya Allah kerna telah memberi peluang buatku bernafas di bumi mu yg luas dan indah ini. Terima Kasih Ya allah kerna disebalik dugaan yg diberi, Kau juga pasti akan melindungi ku tanpa jemu. Bimbinglah hambamu ini Ya Allah.. Bimbinglah aku ke Syurga mu..." Amin.


Mami Jarum : Azam Birthday?

Wednesday, September 12, 2012

WW - PasraH

Mami Jarum : Terbaca sesuatu .. Kenapa dia nak wat tajuk n3 mcm tu eh? *Jeles la tuh*

Thursday, September 6, 2012

TIPS: MENGANJURKAN RUMAH TERBUKA

Diantara aktiviti wajib seluruh umat Islam yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini akan teruja untuk mengikuti atau menganjurkan Majlis Rumah Terbuka. Kadang-kadang eLLy jugak terfikir tentang kebaikan dan keburukan dari rumah terbuka kepada masyarakat kita.. eh ada ke keburukkan? tak mau la cite keburukkan, kita cite tentang yg good good aje eh. Kebaikan dari rumah terbuka adalah dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam. Disamping itu juga, dengan adanya rumah terbuka ini, sanak-saudara yang jarang berjumpa boleh bersua muka dan bermaaf-maafan. Bukan senang untuk meluangkan masa yang ada seperti hari-hari biasa. terutamanya macam laki mak lah kan. Kesibukan tugas di pejabat kadang-kala mengganggu perhubungan yang mana boleh mengakibatkan putus saudara pergh tu dah kes berat. Dengan adanya majlis rumah terbuka ini, dapatlah kita sama-sama memupuk kembali semangat kekeluargaan melalui aktiviti gotong-royong dan makan-makan yang diadakan eCeh.
AMALAN  menganjutkan rumah terbuka atau menjemput tetamu  (saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga ) dianjurkan dalam Islam asalkan tidak melanggar syariat yang dibenarkan. 

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: 
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Dibawah ini, eLLy sediakan google beberapa tips rumah terbuka mengikut Islam

1.   Tidak menjemput golonan kaya sahaja, yang miskin atau kurang   berkemampuan juga wajib diraikan bersama
            
2.   Tidak menjemput tetamu hanya melalui pesanan ringkas atau laman sosial sedia ada kerana   akan menimbulkan kekeliruan kepada tetamu kebenaran jemputan tersebut.

3.   Tetamu yang  berpuasa hendaklah berbuka kerana menghormati tuan rumah dan kerana mereka masih mendapat pahala berpuasa tersebut.

4.   Tuan rumah hendaklah menyediakan makanan dan minuman yang halal.

5.   Tidak mengadakan aktiviti maksiat dan elakkan pergaulan  lelaki dan wanita yang bukan muhrim tanpa batasan.

6.   Tuan rumah  hendaklah menyedikan tempat yang mencukupi dan sesuai bagi tetamu.

7.   Jangan menghidangkan hiburan yang melalaikan  sehingga meninggalkan solat.

Mami Jarum : Lagi afdal klu ada tetamu yg datang bawak buah tangan untuk tuan rumah kan kan HiHiHiHi ;p

Wednesday, September 5, 2012

WW - Coach

 RM 3090

Mami Jarum : Agak2 klu claim duit Nufnnang lepas tak?

Tuesday, September 4, 2012

Syawal ke3

Selamat tengahari kekawan .. nak habiskan cite raya boleh? Nak story cite Raya ke3 pulak. Seperti yg uolls sedia maklum raya ke3 eLLy sudah mula berkerja.. hukhuk sedih kan. tapi tak mengapa demi sesuap nasi saya Passssrahhh!!

Petang raya ke3, lepas kerja eLLy & MyLuv terus vrommmm beraya di rumah MyCousin  di Klang. tetap beraya walau pun dah petang *_* xtiviti raya semestinya MAKAN .. lepas makan di rumah, Di malam hari pulak kami gi makan di luar.. dan semestinya kami makan seafood! yummmehhh 


Lihatlah dunia walaupuan di Raya ke3 tetapi suami ku tetap berbaju melayu, dan lihatlah betapa gigih MyLuv mengopek ketam untuk ku :) Oh sebelum terlupa makan malam kami aritu ditaja oleh MyCousin. Terima kasih daun keladi ucop! semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan boleh la belanja kami lagik ;p

Sekian sahaja untuk hari ini!

Mami Jarum : BUSY!!!

Monday, September 3, 2012

Isnin yg lemau!

Ngantok.. Ngantok.. ngantok.. saya sekarang berada didalam loker di tempat kerja.. secara rasminya waktu berkerja saya ialah pada jam 10pagi. tapi apakan daya seawal jam 6:45 pagi saya sudah punch card!

oH saya bukan lah seorang perkerja yg rajin... cuma hari nie saya diarah keluar awal oleh Cik Mat. Memandangkan saya tiada pilihan .. saya pasrah jer laaaa..

Now otak pun dah tepu.. saya nak sambung tidoqq. Nanti kul 10 saya masuk opis.. pastu bila line clear saya akan wat BW eh.. Sekian sahaja n3 Monday blueksssss...


Mami Jarum : Yang mana dah bercuti panjanggggggggg tu  korang ingat lagi ker password pc korang tu ;p