Diantara aktiviti wajib seluruh umat Islam yang tinggal di bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur ini akan teruja untuk mengikuti atau
menganjurkan Majlis Rumah Terbuka. Kadang-kadang eLLy jugak terfikir
tentang kebaikan dan keburukan dari rumah terbuka kepada masyarakat
kita.. eh ada ke keburukkan? tak mau la cite keburukkan, kita cite tentang yg good good aje eh. Kebaikan dari rumah terbuka adalah dapat menjalinkan hubungan
silaturahim sesama saudara Islam. Disamping itu juga, dengan adanya
rumah terbuka ini, sanak-saudara yang jarang berjumpa boleh bersua muka
dan bermaaf-maafan. Bukan senang untuk meluangkan masa yang ada seperti
hari-hari biasa. terutamanya macam laki mak lah kan. Kesibukan tugas di pejabat kadang-kala mengganggu perhubungan
yang mana boleh mengakibatkan putus saudara pergh tu dah kes berat. Dengan adanya majlis rumah
terbuka ini, dapatlah kita sama-sama memupuk kembali semangat
kekeluargaan melalui aktiviti gotong-royong dan makan-makan yang
diadakan eCeh.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Dibawah ini, eLLy sediakan
1. Tidak menjemput golonan kaya sahaja, yang miskin atau kurang berkemampuan juga wajib diraikan bersama
2. Tidak menjemput tetamu hanya melalui pesanan ringkas atau laman sosial sedia ada kerana akan menimbulkan kekeliruan kepada tetamu kebenaran jemputan tersebut.
3. Tetamu yang berpuasa hendaklah berbuka kerana menghormati tuan rumah dan kerana mereka masih mendapat pahala berpuasa tersebut.
4. Tuan rumah hendaklah menyediakan makanan dan minuman yang halal.
5. Tidak mengadakan aktiviti maksiat dan elakkan pergaulan lelaki dan wanita yang bukan muhrim tanpa batasan.
6. Tuan rumah hendaklah menyedikan tempat yang mencukupi dan sesuai bagi tetamu.
7. Jangan menghidangkan hiburan yang melalaikan sehingga meninggalkan solat.
Mami Jarum : Lagi afdal klu ada tetamu yg datang bawak buah tangan untuk tuan rumah kan kan HiHiHiHi ;p
8 comments:
wahhh.. neh hint2 utk weekend nanti le tuh yek... nak buah tgn yek... nnt ai buat magik kuar2 buah kot tgn ai neh... taraaaaaa~
*rasa2 kena sepuk ngan kak elly tak bila jumpa nnt?*
ehem ehem....
hint tips utk apa nie???????
nak tuntut buah tangan i leh tak hehehehehe....
dan jangan lupa doakan tuan rumah supaya dimurahkan rezeki. itulah amalan Rasulullah s.a.w setiap kali org menjemputnya makan.
dan, tip lain: berpakaian penuh kesopanan dan kesusilaan. manis lg bila pergi open house berbaju kurung/kebarung/kebaya/jubah bla2 (sewaktu dgnnya) drp berjean berlegging segala. :)
peace yoooooo~
hehhehe good sharing..
Insyallah, kalau ada rezeki kita ketemu! :)
Lega sudah mengadakan open house untuk jiran tetangga hari Isnin lepas. :-)
tips yg boleh dijadikan panduan.. tq!
salam kenal dari zana.. jumpa blog ni dari blog My All.. nice blog!
oh kena bwk buah tgn yer? i lioke :)
siap tips bagai..cayalah..
Post a Comment