Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Tuesday, March 26, 2013

My double breakfast for today!

Hari ini eLLy bersarapan dua kali ... sebut betul-betul DUA KALI yer kawan-kawan :)
.

  • Bangun sedikit lewat
  • Jalan clear
  • Breakfast kek di dalam kereta
  • Sampai opis jam 9:30 pagi
  • Masuk opis ada rezeki lagi yang menanti di meja

Carnation quick kitchen’ Menurut kata si pembeli ada promosi dekat LRT station, RM3 untuk Secawan kopi dan sekeping omelette’ dan it’s yummmyyyyy

Okey let's do the work!




Mami Jarum : Rezeki jangan ditolak kolestrol jangan di cari muhahahahaha


Monday, March 25, 2013

Sarapan dimana?


Pengenalan
Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama. 
.
Faedah
Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal (menjadikan anak le-bih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan. 
.
Manfaat
Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan focus.


Mami Jarum : Sarapan ku tertinggal didalam peti ais :(   #moodlapaqqq


Friday, March 22, 2013

Si rabun warna ;)

Light purple vs Black & Blue?
:: Gambar diambil pagi tadi ketika berada di dalam kereta, otw ke tempat kerja ::
.
Siapakah gerangan yang dimaksudkan? Si rabun warna yang dimaksudkan itu adalah suami ku sendiri.. hihi ammmpunnn sayang.. bukan niat ku untuk mentertawakan diri mu :p Tapi rabun warna suamiku itu tidak la kronik sangat. Beliau cuma rabun bab nak memilih tali leher untuk dipadankan dengan baju kerja sahaja.
Selalunya.. ulang sekali lagi SELALUNYA eLLy yang akan letakkan tali leher untuk dipadankan dengan baju yang hendak dipakai. Tapi ada ketikanya Seth Mat buat sendiri. alah benda simple jer kan tak susah mana pun. Cuma bila gabungan baju dan tali leher tak menjadi tu yang membuatkan Si isteri geram. Geram sebab nanti mesti ada yang cakap isteri nak pandai hias' suami.. well kat tempat i nie pun ada.
 
Contoh :-
1. Bini ko tak gosok ke baju ko ni?
2. Kalau bini aku mesti dia bla bla bla ...
3. eh bini ko tak masak ke?
 
Itu contoh.. so kalau kat tempat kerja i ada soalan soalan macam tu, mesti tempat kerja Seth Mat pun ada kan? dan tak mustahil tak tempat kerja uolls pun ada ;)

Well kalau asyik memikirkan apa yang orang cakap pun tak guna jugak kan. Back tu cerita rabun warna' dalam geram melihat Seth Mat pakai baju warna lain Tali leher warna lain. ada masanya rasa nak gelak jugak ;) Bila kita tanya ngape pakai tie warna lain?  dia cakap "ini lah trend .. i tengok ayang pakai seluar pink baju ijau okey jer" adoiii la suami.

okey la stop dulu membebel pasal laki, Now nak make up. Hari nie report duty jam 11pagi. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, March 21, 2013

IBBI - Ikan bakar belakang Istana

Edisi jalan jalan cari makan versi Suami isteri yang kelaparan, Malam tadi kami telah pergi menerjah sebuah kedai makan "Ikan Bakar" yang berlokasi dijalan Bellamy, atau yang lebih dikenali sebagai "Ikan bakar belakang Istana".

Ini bukanlah kali pertami serbuan dibuat. mengikut kata suami ini mungkin serbuan kali yang ke 7 atau yang ke 8. Walaupun demikian kami tetap tidak jemu untuk menerjah ke lokasi tersebut buat kali yang ke 9 atau seterusnya..

Untuk rujukan anda, Cuma satu kedai sahaja yang beroperasi di malam hari, Kedai yang pertama berdekatan dengan tempat parking @ di hadapan surau.

Waktu operasi : 6 petang sehingga 10 malam.
Nombor untuk di hubungi : *jap nak dapatkan dati Seth Mat dulu, Nanti i update*

 :: The Husband & The Wife ::

:: The Food ::

 :: The Tulang ::

Keseluruhan makanan disini adalah sedap! Kepada semua warga kota, anda dijemput untuk mencuba menikmati keenakan ikan bakar jalan Belammy / Belakang istana dimalam hari. Sebab apa harus mencuba dimalam hari? berikut adalah sebab-sebab nya
  • Jalan tak jem
  • Parking senang
  • Meja senang dicari
  • Sejuk

Damage :-
Tea O' Limau suam

Sup sayur
Ikan talapia merah bakar (Saiz besar)
Sotong bakar (Saiz serdehana)
Nasi putih

Jumlah yang perlu dibayar : RM37
 

Mami Jarum :  Usah ditanya kenapa saya gomok.. tapi tanyalah kenapa saya tak kurus! muhahahahaha


Wednesday, March 20, 2013

WW - Temerloh with love


#Jangan terkejut melihat kulit ku yg agak gelap itu, Sememang nye sunburn dari Bali hari tu tak hilang-hilang lagi



Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 19, 2013

Belated Birthday?

Tengah gigih buat kerja tetiba teringat eh hari nie tak de n3 laa.. okey jom laju-laju buka blog.. yep memang betul takde n3 hahahaha tak ingat nak update malam tadi. Ini bukan busy ini memang kes tak ingat! tepuk muka sendiri ;p

Godek-godek pc nak cari bahan so ternampak lah gambar nie.. tarikh gambar ini di ambik ialah pada malam 7.9.12 bersamaan birthday eve saya, itu kira candle light dinner bersempena birthday saya lah tu. 

Lokasi yang menjadi pilihan ialah Chilis @ KLCC. Okey sebelum makanan sampai jom kita posing dulu!

 :: Last year im 34 ::
This year?

:: View from my seats ::

 :: Jom makan ::

Ape kes update pasal birthday sendiri yang dah berkurun lama tu. Hari tu ada update pasal birthday tapi tak de review pasal dinner kat mana, so hari nie baru kasi review boleh gitu? Hahahaha asalkan ada bahan sudah!



Mami Jarum : Tetiba rasa gambar dulu mcm kurus pulak .. apekah?


Monday, March 18, 2013

Laporan Hari Isnin

Bersiaran langsung dari loker.. Minggu ini jadual kerja saya bermula dari 11 pagi, hurm ada lebih kurang dua jam lagi masa berbaki. awal sampai? Harus laa Cik Mat kan masuk jam 9 pagi, semestinya dia akan hantar saya ke tempat kerja dulu. 

Xtiviti diloker :-
> Bersembang dengan staff yang keluar masuk
> Make up sampai lebam
> Layan tonton.com kat tab
> Layan Youtube
> Layan fb
> Layan blog kekawan
> Layan mata ;)



Xtiviti dihujung minggu :-
> Abang Astro datang umah (baru nak upgrade ke byond)
> Pulang ke rumah ibu mertuaku
> Makan tempoyak ikan patin
> Makan Asam pedas ikan talapia merah
> Masak nasi dan nasi dan nasi!!

Okey sekian sahaja laporan saya untuk hari ini. Kita berjumpa lagi dilain siaran.. Assalamualaikum.

Friday, March 15, 2013

Bali : Dinner & Spa


Lapar-lapar-lapar setelah puas membeli belah di Hawaii Bali Kami terus gi dinner Ayam tulang lunak maliobor. 

Kedai nie supir kami yang recommend. Sepanjang di Bali semua tempat makan adelah diatas recommendation dari Pak supir, kecuali waktu dinner di Jambaran kami google mencari info, ok itu nanti kite story kemudian eh.  Nak tengok secara details ape yang kami makan sila lah terjah ker blog Dee.

My first rice after 28 days “berpuasa dari NASI” huhuhu

Okey perut dah kenyang moh la kita balik ke Hotel. Memandangkan malam masih muda tak kan nak terus tidoo kot.. Masuk bilik simpan ape yang patut dan yuk kita ke SPA!!! Cuma kami bertiga sahaja yang ke Spa laki ku tak join pun dia sibuk gi cari Cyber Café nak check email and submit report ape ntah! See camno lah aku tak hangin satu badan! Dalam dok cuti pun dia sebuk pasal kerja!!!!

SMART SPA yes itu lah Spa yang kami pergi sepanjang kami berada di Bali.
Fist day kat sana kami buat 90min full body massage Rp35 = RM30 per person. Syhhh jangan bising mereka mahu menguli badan ku.. layannnn

Damages of the day :-
Ubud Tegalalang
Entrance fee : Rp10 x 2 pax = Rp20
Souvenir : Rp140

Alam Bali coffee
Luwak Cofffee : Rp50
Souvenir : Rp50

Kitamani Volcano
Entrance fee : Rp10 x 2 pax = Rp20
Lunch : Rp80 x 2 pak = Rp160
Souvenir : Rp300

Pura Tirta Empul
Entrance fee : Rp15 x 2 pax = Rp30
Souvenir : Rp50

Dinner & Spa
Dinner : Rp316,250 for 4 person
Spa : Rp95 per pax


Mami Jarum: Fuhhh habis satu hari punya story masa di Bali. 3 Days to goo..


Thursday, March 14, 2013

Bali : Pura Tirta Empul

Masih ada yg sudi membaca kisah percutian ku di Bali itu? anggap jer lah korang sudi eh :0) eLLy pun memang plan nak update untuk rujukan di masa hadapan.

Pulang dari Kintamani Volcano & Batur Lake kami meneruskan perjalanan kami ke Pura Tirta Empul. Entrance fee yang dikenakan ialah Rp15 = RM4.80 per person. 



ok jom mandi!!! hahaha gilak ko mau mandi kat sini, Menurut kerpercayaan mereka air yang mengalir terus dari tanah itu adalah "Holy water" maka ramai lah yang berendam kat dalam kolam tu. Mat mat salleh dan Minah salleh pun ramai.

Kami? Kami masuk untuk bergambar ajoo.. ok jom kita bergambar .. 1! 2!! 3!! 



 

Dekat dalam nie ada banyakkkkkkkkkk gerai-gerai yang menjual cenderamata, yang tak best nye dorang kat sini suka tarik-tarik tapi idak la dorang tarik ganas-ganas berani nak wat macam tu dengan mak incik! Masa Seth Mat pergi menyelamatkat kak tina yang terkandas kat kedai belakang tu, Me and Dee meneruskan perjalanan ke depan.. konon nak jumpa kat parking lah.. jalan2 punye jalan makkaiii makin banyak lak gerai kat belakang nie.. fuh menakutkan!! nanti Kak Tina selamat aku lak yang sesat hahaha

so eLLy nasihatkan uolls kalau dah dapat ape yang dicari patah jer balik kalau masuk lagi kedalam silap haribulan jalan keluar pun tak nampak! Yes me & Dee hampir2 sesat..


Mami Jarum :  Masa kat sini Seth Mat belikan untuk staff dia pembuka botol yang sangat lah besarrr :p


Wednesday, March 13, 2013

Ketat Ketat..

Salam satu Malaysia .. Sekarag nie mood nak update secara spontan ajer.. maksud nya bila berkesempatan eLLy akan online dan taip apa saja yang berlaku disekeliling ku. So tajuk kita hari ini adalah Ketat.. ape yang ketat? jeng jeng jeng ..


Sekarang muka ku tengah ketat @ tegang  sebab ape? sebab eLLy telah melumurkan putih telor di keseluruhan muka ku ini. Tak tau lah saluran mana yang tersumbat tetiba ajo muka ku yang bulat ini telah diceroboh oleh sang jerawat yang durjana! Kawasan serangan yang banyak di tawan ialah disebelah kanan pipi ku!

Oleh yang demikian eLLy kena lakukan sesuatu!! ade kawan kat opis nie mencadangkan eceh bahasa teknik sapu dan ketat  tettt .. jom kita cuba!


Selalunya telur ayam banyak digunakan dalam pembuatan kek, pastri dan kuih-muih. Tahukah anda kandungan protein yang tinggi juga mampu digunakan untuk tujuan kecantikan kulit dan rambut yang lembut serta menawan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar?

Diantara manafaat setelah putih telor yang dioleskan di wajah :- Mencegah timbulnya jerawat. Menanggalkan sel-sel mati pada kulit, Masker putih telur juga berfungsi untuk mengecilkan pori-pori wajah dan mengangkat kotoran serta minyak pada wajah Anda sehingga wajah bebas jerawat.*info google*

Cara-caranya ialah 
  • Ambil sebijik telor ayam, dan asingkan isi nya (putih-kuning)
  • Oleskan putih telor itu kemuka anda kecuali dibahagian mata
  • Biarkan selama 20-30 minit
  • Siap! sila cuci hingga bersih
 *kalau nak rasa lagi best pastikan telor yang hendak digunakan itu baru dikeluarkan dari peti sejuk!


Mami Jarum : Tahukah anda bau hanyir telor itu datangnya dari telor kuning,. eeuwww!


Tuesday, March 12, 2013

Suami oh Suami

Menghampiri detik 12 malam... Bukan cerita mistik yang hendak diceritakan. Bukan cerita dalam kelambu yang hendak dikongsi. Ini hanyalah cerita ragam masam manis kami suami isteri.

Ok macamana nak mula.... ok gini kita cerita yg simple simple ajer.. simple but sweet eCeh :) Secara mata kasarnya Suami saya aka Seth Mat memang nampak mcm bengis orang nye.. tapi teman rapat kami meLable kan saya yang bengis.. kuikuikui bengis ker? aummmmmm

Suami saya bukan lah mamat romantik.. kalau nak harapkan dia buat kejutan hantar bunga kat opis masa hari lahir atau ulangtahun perkahwinan hurmm jangan harap la! kalau lah benda tu terjadi mau sakit jantung kot di buat nye.

Suami saya sangat ringan tulang dirumah. itu memang tak dapat dinafikan. Walaupun dia tak menyapu tapi dia rajin buat air. walaupun dia tak mop lantai tapi dia rajin menolong saya didapur. Walaupun dia tidak melipat baju tapi dia rajin memasak dirumah.

Suami saya sangat manja. diantara ayat-ayat manja bila dia inginkan sesuatu.... Aaayang nak tengok wayang. T' nak ice cream, aayangg nak maggie... hurmmm yang lain-lain punya manja tu tak leh la nak share kat sini :)

eH kenapa tetiba cerita pasal suami nie? Sebenarnya saya sedang memanaskan kuah laksa untuk suami saya. At this hour? Yes! kata nak pahala lebih kan so layan jer laaaa...




Mami Jarum : Ayat yang paling romantik untuk malam ini. "ayang panaskan kuah laksa, nanti saya kopekkan telor"


Friday, March 8, 2013

Semalam

Semalam khamis malam jumaat 
Semalam hujan 
Semalam dinner cheese nan

::____________________________________::

Semalam bulp fuse kat bilik
Semalam tido lena

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, March 7, 2013

Hari ini

Hari ini saya TERlewat bangun
Hari ini jalan tak jem
Hari ini saya bersarapan roti & air cokolat
Hari ini saya bersarapan dua kali
Hari ini kawan saya belanja bihun + sambal + telor & Nescafe
Hari ini filem Lawak ke der akan mula di tayangakan
Hari ini saya mengantok & kekenyangan


Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, March 6, 2013

WW - Jack The Giant Slayer

Semalam eLLy gi nonton cite Jack The Giant Slayer. Best best best!!



#Moral of the story : Jangan buang biji kacang merata rata ;)




Tuesday, March 5, 2013

Bagaimana?

Bagaimana saya nak meneruskan kisah keriangan saya ketika bercuti di Bali, sedangkan Negara tanah tumpah darahku sedang bergolak di hujung sana.

Bagaimana saya nak luahkan kerisauan saya pada keamanan tanah tumpah darahku ini.

Bagaimana harus saya nyatakan perasaan amarah saya pada mereka yang cuba memperkotak katikan Negara saya.

Bagaimana sekiranya ianya benar benar berlaku??

Demi keselamatan Negara kita, demi saudara saudara kita di Sabah, kita lupakan sekejap POLITIK KITA, kita bersatu untuk mempertahankan bumi Malaysia yang tercinta. Semoga kita tak menerima padah seperti Palestin, bersatu atas nama Allah SWT dan Negara Malaysia. Gambar ni menceritakan segala galanya


Mami Jarum : Bersatu teguh bercerai roboh!


Monday, March 4, 2013

Tak sempat!



Mami Jarum : Sorry tak berkesempatan nak sambung cite Bali ... esok eh esok .. sayang korang ;)


Friday, March 1, 2013

Bali : Kintamani Volcano & Batur Lake

Perut dah lapar moh la kita naik kereta dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterus nya iaitu Kitamani Valcano & Batur lake. Di sini ada entrance fee, Rp10,00 @ RM3.20 per person

 :: Hijau dan berangin ::

Sebenarnye Kitamani valcano & Batur lake nie agak jauh tapi memandangkan kita ditanah tinggi so nampak mcm sebelah menyebelah jer.

Harga buffet lunch kat sini Rp80,00 @ RM27 per person. Kami berhenti disini selain dari nak lunch kami juga ingin menikmati pemandangan yang terbentang indah dihadapan kami. kalau nak tengok gambar food & buffet line boleh lah link ke blog Dee sebab dia rajin update in detail.


 :: Majoriti pelanggan kat sini semua dari Malaysia ::
Lihat view disebelah .. sangat cantik bukan
.
 :: Gambar ini diambil ketika hujan sedang turun merintik ::
.
 :: Tak sampai 15 minit lihat lah hasil nya, kabus tebal beb ::
Pls ignore my oily face itew! Kak ton comel kan...
.
 :: The beg Very the colorful ::
.
:: eHem beg sempena anniversary ::

Perut dah kenyang, Payment dah buat moh ler kita terjah ketempat yang wajib dilawati sekiranya kamu bercuti di Pulau Bali ... Pura Tirta Empul ... chop chop chop lupa nak cite masa hendak menuju ke parking kami telah diserang dengan peniaga2 yg sedia menanti di pintu keluar ... OMG kami terjebak lagi..
Setelah sesi tawar menawar dijalan kan Kami bersetuju untuk membeli T-shirt yang ada perkataan "BALI" dng harga Rp300 = RM100 untuk 22 helai T-shirt murah ke mahal? boleh la kot.. lepas jugak souvenir untuk kekawan kat opis (Seth Mat 10 helai / Me 12 helai)
.


Mami Jarum : Sila ambil perhatian.. sekiranya anda ingin melarikan diri dari tax. Sila pastikan supir anda yang melakukan pembayaran di kaunter :) Sekian Terima Kasih!