Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Wednesday, October 16, 2013

WW - Homemade Jeruk petai vs Homemade Tempoyak

Ini adalah makanan yg wajib ada didalam peti ais my MiL :-)



Friday, October 11, 2013

Hari ini

Salam Jumaat al mubarak! 


*ini bukan gambar hari ini*
  • Hari ini bangun agak lewat sebab semalam tengok cite hindustan "Dil to pagal hai"
  • Hari ini juga cuaca agak mendung
  • Hari ini rasa sihat sikit :) Syukur Alhamdullilah
  • Hari ini ada lunch date dengan sahabat lama.. beliau juga adalah insan yg mencetus semangat  eLLy untuk buat blog. Disuatu ketika dulu beliau adalah blogger yg terkenal! eCeh siapakah beliau?
  • Hari ini CikMat cuti :)
  • Hari ini nak meneruskan projek mencari Flight ticket! Hari tu dapat murah tapi CikMat tak berani nak confirm date.. Semalam baru dapat date tapi harga ticket flight dah mencanak mahal!
 

Mami Jarum : Hari ini rasa macam nak gi nonton wayang ..tapi..


Thursday, October 10, 2013

Repvblik - Sandiwara cinta Full HD dan LIRIK




Lirik Republik Sandiwara Cinta

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati



Mami Jarum : Jujurlah sayang aku tak mengapa .. Biar semua jelas telah berbeda .. Jika nanti aku yang harus pergi.. Ku terima walau sakit hati **Jiwang jiwang**


Wednesday, October 9, 2013

WW - 100 plus

Sejak masuk sepital akibat denggi haritu bekalan 100 plus memang tak putus. Cer bayangkan sorang pelawat datang bawak satu atau dua botol ;) kat rumah ada lagi 3 botol besar yg belum dibuka :)


Mami Jarum : Rezeki jangan ditolak. Ceq tahu hangpa semua sayang kat ceq.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, October 8, 2013

Post title : Denggi la pulok!!

Hooolaaa.. Hari nie selasa, berapa haribulan eh? maklum la sejak MC dok umah nie berapa haribulan pun tak ingat.

Kenapa Mc? mengandung kah? oh nehi nehi nehi ceq belum ada rezeki lagi, walaupun sintom ngandung tu hampir samai iaitu loya dan muntah muntah tapi hakikatnye ceq tak ngandung pun. Ceq MC di sebabkan si nyamuk durjana! Ceq kena DENGGI uollss... ada satu ketika tu darah ceq serendah 37 sahajooo.... ya Allah syukur kerna masih diberi kebenaran untuk hidup dibumi indah mu ini.

Doctor yg baik hati dah kasi ceq MC till 21/10/2013 perghh best best best. Bila bab coti harus la best ... tapi bila memikirkan bab ceq darah, bab loya, bab muntah, bab nak makan pun tak lalu, bab sakit sendi bagai memang hazab laaa... *ini baru hazab dunia eLLy*

Terima kasih buat semua yg telah mendoakan kesihatan ceq di fb/wazap/weChat/sms termasuk la pada yg melawat ceq masa kat sepital dulu. 5 malam kat sepital serik ooo.

Mami Jarum : Special thanks haruslah buat suami tercinta yg sentiasa lena tidor nye walaupun di sepital. muhahaha


Wednesday, September 4, 2013

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang ...





Sekor labah-labah,
Cuba panjat perigi,

Bila hujan turun,

Labah cepat lari,

 
Terbit matahari,
Air tiada lagi,

Dan labah cuba panjat,

Sekali lagi..

Yeaayyyy dah update bye!



Mami Jarum : aku yang dulu bukan lah yang sekarang #Sekarang aura nak update tu dah hilang oH no!


Friday, July 19, 2013

Aku perempuan, isteri dan kesetiaan..



Salam 10 Ramadhan, Singgah sebentar diblog sendiri sebab dah lama sangat tak terupdate blog ini. Banyak betul cerita panas diawal Ramadhan nie kan..

Dalam banyak2 cerita eLLy TERINGIN sangat nak meluah kan yang terbuku dihati melibatkan isu kawin dua. Ini bukan mengenai kes Ashraf muslim tu semata mata, Banyak lagi kisah kawin dua yang boleh di ceritakan. Tapi siapa lah saya untuk bercerita tentang mereka.

Me as a wife, memang takut sangat kalau dimadukan. Memang tak dapat dibayangkan diakal fikiran ku kalau satu hari nanti kalau “aku dimadukan” Macam mana lah perasaan aku di ketika itukan. Takutttttt

Perempuan oh Perempuan, Mengapakah kau tergamak melukan hati seorang wanita lain? Mengapakah kau sanggup merampas suami mereka? Mengapa dan mengapa?

Mungkinkah kerana kamu belum bersuami, dengan itu kamu tak akan paham apa yang kami maksudkan (isteri pertama), dan kamu tak akan mengerti apa itu sakitnya hati bila di cinta dikhianati.

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah… Kerana satu dunia tahu hanya itu lah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Sekian,
Aku perempuan, isteri dan kesetiaan..



Mami Jarum : Hari ini dia curang pada isteri pertama, Esok giliran isteri kedua pulak..


Tuesday, May 28, 2013

Selamat hari Selasa!

Haluuu blogger!! chak! tanjat tak? adakah aku bermimpi? atau anda yg sedang bermimpi?? sila tampaq muka laju laju kikiki. 

eLLy sajer ja nak menyinggah nie. uolls sihat ker? eLLy and Seth Mat sihat. kalau tak caya cer check FB i :-) ok nak pi buang semak samun sat.. nanti kalau berkesempatan eLLy update lagi eh. ChowChinChan :-) 


Mami Jarum : Ada yang rindu ke?


Friday, April 12, 2013

Ah! Rindu Lagi-Cover By Bobo-


Uollss rindu kat iolls kan .. Terimalah ... BoBo!!


Mami Jarum : Ah Ah Ah


Thursday, April 4, 2013

Im at Tung Shin Hospital

Gambar goyang coz si bini nerves o_O
Will update later. InsyaAllah :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 3, 2013

Cuti teman Chinta hati yg masih keBisoLan

Hambik ko panjang betul tajuk n3 hari ini. Just nak share dengan uolls hari ini eLLy masih bercuti demi menjaga my chinta hati. Kejap lagi nak keluar ke Hospital. At the moment masih dirumah coz enjin kereta pulak tak boleh dihidupkan. Sedih kan tuan sakit kereta pun turut sakit :( 

Merujuk pada gambar diatas, Baki nasi semalam sayang nak dibuang so eLLy buat nasi goreng for breakfast today. Banyak tu jer yang dapat. Well sharing is caring ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 2, 2013

BisoL

Hari nie eLLy ambik el coz nak menjaga MyLuv yang tak sihat. Sakit ape? Ada sesuatu dibawah ketiak beliau kami syak itu bisol. Semalam dah gi jumpa doctor. Doctor tu sihat hahaha. Yang tak sihat cuma MyLuv. Doctor tu pun cakap itu bisol. Bisol dibawah ketiak cer bayangkan .. Perghh tangkap leleh beb! Hari nie tangan kiri tak boleh diangkat coz bisol tu dah semakin membesar kemerahan walaupun belum bermata.

Now sedang menemani MyLuv tengah tidor kuak lentang dirumah ;)
any petua tu share? Buat masa nie sedang bergantong 100% dengan ubat yg doctor kasi.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 1, 2013

Saya ada ...

Salam uolls.. Saya ada jer kat sini tak hilang kemana mana pun cuma tak berkesempatan nak update! Uolls apa khabar? camno dengan cuti sekolah? Best tak layan jem?? Kuikuikui.. Apa sangat lah jem tu kalau nak dibandingkan dengan keriangan bersama insan tersayang kan.. eceh

Kepada ullos yg dah masuk ke opis tu, Selamat kembali ke meja kerja anda, hadap lah kerja yg menimbun itu :-)  dan pada yg masih bercuti tu im sure korang mesti busy nak membasuh baju segala bagaikan.. huhuhu

Okey just nak post short note kat sini, as usual tak sempat nak wat auto publish.
Assalamuallaikum! Have a nice day!

Tuesday, March 26, 2013

My double breakfast for today!

Hari ini eLLy bersarapan dua kali ... sebut betul-betul DUA KALI yer kawan-kawan :)
.

  • Bangun sedikit lewat
  • Jalan clear
  • Breakfast kek di dalam kereta
  • Sampai opis jam 9:30 pagi
  • Masuk opis ada rezeki lagi yang menanti di meja

Carnation quick kitchen’ Menurut kata si pembeli ada promosi dekat LRT station, RM3 untuk Secawan kopi dan sekeping omelette’ dan it’s yummmyyyyy

Okey let's do the work!




Mami Jarum : Rezeki jangan ditolak kolestrol jangan di cari muhahahahaha


Monday, March 25, 2013

Sarapan dimana?


Pengenalan
Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama. 
.
Faedah
Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal (menjadikan anak le-bih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan. 
.
Manfaat
Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan focus.


Mami Jarum : Sarapan ku tertinggal didalam peti ais :(   #moodlapaqqq


Friday, March 22, 2013

Si rabun warna ;)

Light purple vs Black & Blue?
:: Gambar diambil pagi tadi ketika berada di dalam kereta, otw ke tempat kerja ::
.
Siapakah gerangan yang dimaksudkan? Si rabun warna yang dimaksudkan itu adalah suami ku sendiri.. hihi ammmpunnn sayang.. bukan niat ku untuk mentertawakan diri mu :p Tapi rabun warna suamiku itu tidak la kronik sangat. Beliau cuma rabun bab nak memilih tali leher untuk dipadankan dengan baju kerja sahaja.
Selalunya.. ulang sekali lagi SELALUNYA eLLy yang akan letakkan tali leher untuk dipadankan dengan baju yang hendak dipakai. Tapi ada ketikanya Seth Mat buat sendiri. alah benda simple jer kan tak susah mana pun. Cuma bila gabungan baju dan tali leher tak menjadi tu yang membuatkan Si isteri geram. Geram sebab nanti mesti ada yang cakap isteri nak pandai hias' suami.. well kat tempat i nie pun ada.
 
Contoh :-
1. Bini ko tak gosok ke baju ko ni?
2. Kalau bini aku mesti dia bla bla bla ...
3. eh bini ko tak masak ke?
 
Itu contoh.. so kalau kat tempat kerja i ada soalan soalan macam tu, mesti tempat kerja Seth Mat pun ada kan? dan tak mustahil tak tempat kerja uolls pun ada ;)

Well kalau asyik memikirkan apa yang orang cakap pun tak guna jugak kan. Back tu cerita rabun warna' dalam geram melihat Seth Mat pakai baju warna lain Tali leher warna lain. ada masanya rasa nak gelak jugak ;) Bila kita tanya ngape pakai tie warna lain?  dia cakap "ini lah trend .. i tengok ayang pakai seluar pink baju ijau okey jer" adoiii la suami.

okey la stop dulu membebel pasal laki, Now nak make up. Hari nie report duty jam 11pagi. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, March 21, 2013

IBBI - Ikan bakar belakang Istana

Edisi jalan jalan cari makan versi Suami isteri yang kelaparan, Malam tadi kami telah pergi menerjah sebuah kedai makan "Ikan Bakar" yang berlokasi dijalan Bellamy, atau yang lebih dikenali sebagai "Ikan bakar belakang Istana".

Ini bukanlah kali pertami serbuan dibuat. mengikut kata suami ini mungkin serbuan kali yang ke 7 atau yang ke 8. Walaupun demikian kami tetap tidak jemu untuk menerjah ke lokasi tersebut buat kali yang ke 9 atau seterusnya..

Untuk rujukan anda, Cuma satu kedai sahaja yang beroperasi di malam hari, Kedai yang pertama berdekatan dengan tempat parking @ di hadapan surau.

Waktu operasi : 6 petang sehingga 10 malam.
Nombor untuk di hubungi : *jap nak dapatkan dati Seth Mat dulu, Nanti i update*

 :: The Husband & The Wife ::

:: The Food ::

 :: The Tulang ::

Keseluruhan makanan disini adalah sedap! Kepada semua warga kota, anda dijemput untuk mencuba menikmati keenakan ikan bakar jalan Belammy / Belakang istana dimalam hari. Sebab apa harus mencuba dimalam hari? berikut adalah sebab-sebab nya
  • Jalan tak jem
  • Parking senang
  • Meja senang dicari
  • Sejuk

Damage :-
Tea O' Limau suam

Sup sayur
Ikan talapia merah bakar (Saiz besar)
Sotong bakar (Saiz serdehana)
Nasi putih

Jumlah yang perlu dibayar : RM37
 

Mami Jarum :  Usah ditanya kenapa saya gomok.. tapi tanyalah kenapa saya tak kurus! muhahahahaha


Wednesday, March 20, 2013

WW - Temerloh with love


#Jangan terkejut melihat kulit ku yg agak gelap itu, Sememang nye sunburn dari Bali hari tu tak hilang-hilang lagi



Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 19, 2013

Belated Birthday?

Tengah gigih buat kerja tetiba teringat eh hari nie tak de n3 laa.. okey jom laju-laju buka blog.. yep memang betul takde n3 hahahaha tak ingat nak update malam tadi. Ini bukan busy ini memang kes tak ingat! tepuk muka sendiri ;p

Godek-godek pc nak cari bahan so ternampak lah gambar nie.. tarikh gambar ini di ambik ialah pada malam 7.9.12 bersamaan birthday eve saya, itu kira candle light dinner bersempena birthday saya lah tu. 

Lokasi yang menjadi pilihan ialah Chilis @ KLCC. Okey sebelum makanan sampai jom kita posing dulu!

 :: Last year im 34 ::
This year?

:: View from my seats ::

 :: Jom makan ::

Ape kes update pasal birthday sendiri yang dah berkurun lama tu. Hari tu ada update pasal birthday tapi tak de review pasal dinner kat mana, so hari nie baru kasi review boleh gitu? Hahahaha asalkan ada bahan sudah!



Mami Jarum : Tetiba rasa gambar dulu mcm kurus pulak .. apekah?


Monday, March 18, 2013

Laporan Hari Isnin

Bersiaran langsung dari loker.. Minggu ini jadual kerja saya bermula dari 11 pagi, hurm ada lebih kurang dua jam lagi masa berbaki. awal sampai? Harus laa Cik Mat kan masuk jam 9 pagi, semestinya dia akan hantar saya ke tempat kerja dulu. 

Xtiviti diloker :-
> Bersembang dengan staff yang keluar masuk
> Make up sampai lebam
> Layan tonton.com kat tab
> Layan Youtube
> Layan fb
> Layan blog kekawan
> Layan mata ;)



Xtiviti dihujung minggu :-
> Abang Astro datang umah (baru nak upgrade ke byond)
> Pulang ke rumah ibu mertuaku
> Makan tempoyak ikan patin
> Makan Asam pedas ikan talapia merah
> Masak nasi dan nasi dan nasi!!

Okey sekian sahaja laporan saya untuk hari ini. Kita berjumpa lagi dilain siaran.. Assalamualaikum.

Friday, March 15, 2013

Bali : Dinner & Spa


Lapar-lapar-lapar setelah puas membeli belah di Hawaii Bali Kami terus gi dinner Ayam tulang lunak maliobor. 

Kedai nie supir kami yang recommend. Sepanjang di Bali semua tempat makan adelah diatas recommendation dari Pak supir, kecuali waktu dinner di Jambaran kami google mencari info, ok itu nanti kite story kemudian eh.  Nak tengok secara details ape yang kami makan sila lah terjah ker blog Dee.

My first rice after 28 days “berpuasa dari NASI” huhuhu

Okey perut dah kenyang moh la kita balik ke Hotel. Memandangkan malam masih muda tak kan nak terus tidoo kot.. Masuk bilik simpan ape yang patut dan yuk kita ke SPA!!! Cuma kami bertiga sahaja yang ke Spa laki ku tak join pun dia sibuk gi cari Cyber Café nak check email and submit report ape ntah! See camno lah aku tak hangin satu badan! Dalam dok cuti pun dia sebuk pasal kerja!!!!

SMART SPA yes itu lah Spa yang kami pergi sepanjang kami berada di Bali.
Fist day kat sana kami buat 90min full body massage Rp35 = RM30 per person. Syhhh jangan bising mereka mahu menguli badan ku.. layannnn

Damages of the day :-
Ubud Tegalalang
Entrance fee : Rp10 x 2 pax = Rp20
Souvenir : Rp140

Alam Bali coffee
Luwak Cofffee : Rp50
Souvenir : Rp50

Kitamani Volcano
Entrance fee : Rp10 x 2 pax = Rp20
Lunch : Rp80 x 2 pak = Rp160
Souvenir : Rp300

Pura Tirta Empul
Entrance fee : Rp15 x 2 pax = Rp30
Souvenir : Rp50

Dinner & Spa
Dinner : Rp316,250 for 4 person
Spa : Rp95 per pax


Mami Jarum: Fuhhh habis satu hari punya story masa di Bali. 3 Days to goo..


Thursday, March 14, 2013

Bali : Pura Tirta Empul

Masih ada yg sudi membaca kisah percutian ku di Bali itu? anggap jer lah korang sudi eh :0) eLLy pun memang plan nak update untuk rujukan di masa hadapan.

Pulang dari Kintamani Volcano & Batur Lake kami meneruskan perjalanan kami ke Pura Tirta Empul. Entrance fee yang dikenakan ialah Rp15 = RM4.80 per person. 



ok jom mandi!!! hahaha gilak ko mau mandi kat sini, Menurut kerpercayaan mereka air yang mengalir terus dari tanah itu adalah "Holy water" maka ramai lah yang berendam kat dalam kolam tu. Mat mat salleh dan Minah salleh pun ramai.

Kami? Kami masuk untuk bergambar ajoo.. ok jom kita bergambar .. 1! 2!! 3!! 



 

Dekat dalam nie ada banyakkkkkkkkkk gerai-gerai yang menjual cenderamata, yang tak best nye dorang kat sini suka tarik-tarik tapi idak la dorang tarik ganas-ganas berani nak wat macam tu dengan mak incik! Masa Seth Mat pergi menyelamatkat kak tina yang terkandas kat kedai belakang tu, Me and Dee meneruskan perjalanan ke depan.. konon nak jumpa kat parking lah.. jalan2 punye jalan makkaiii makin banyak lak gerai kat belakang nie.. fuh menakutkan!! nanti Kak Tina selamat aku lak yang sesat hahaha

so eLLy nasihatkan uolls kalau dah dapat ape yang dicari patah jer balik kalau masuk lagi kedalam silap haribulan jalan keluar pun tak nampak! Yes me & Dee hampir2 sesat..


Mami Jarum :  Masa kat sini Seth Mat belikan untuk staff dia pembuka botol yang sangat lah besarrr :p


Wednesday, March 13, 2013

Ketat Ketat..

Salam satu Malaysia .. Sekarag nie mood nak update secara spontan ajer.. maksud nya bila berkesempatan eLLy akan online dan taip apa saja yang berlaku disekeliling ku. So tajuk kita hari ini adalah Ketat.. ape yang ketat? jeng jeng jeng ..


Sekarang muka ku tengah ketat @ tegang  sebab ape? sebab eLLy telah melumurkan putih telor di keseluruhan muka ku ini. Tak tau lah saluran mana yang tersumbat tetiba ajo muka ku yang bulat ini telah diceroboh oleh sang jerawat yang durjana! Kawasan serangan yang banyak di tawan ialah disebelah kanan pipi ku!

Oleh yang demikian eLLy kena lakukan sesuatu!! ade kawan kat opis nie mencadangkan eceh bahasa teknik sapu dan ketat  tettt .. jom kita cuba!


Selalunya telur ayam banyak digunakan dalam pembuatan kek, pastri dan kuih-muih. Tahukah anda kandungan protein yang tinggi juga mampu digunakan untuk tujuan kecantikan kulit dan rambut yang lembut serta menawan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar?

Diantara manafaat setelah putih telor yang dioleskan di wajah :- Mencegah timbulnya jerawat. Menanggalkan sel-sel mati pada kulit, Masker putih telur juga berfungsi untuk mengecilkan pori-pori wajah dan mengangkat kotoran serta minyak pada wajah Anda sehingga wajah bebas jerawat.*info google*

Cara-caranya ialah 
  • Ambil sebijik telor ayam, dan asingkan isi nya (putih-kuning)
  • Oleskan putih telor itu kemuka anda kecuali dibahagian mata
  • Biarkan selama 20-30 minit
  • Siap! sila cuci hingga bersih
 *kalau nak rasa lagi best pastikan telor yang hendak digunakan itu baru dikeluarkan dari peti sejuk!


Mami Jarum : Tahukah anda bau hanyir telor itu datangnya dari telor kuning,. eeuwww!


Tuesday, March 12, 2013

Suami oh Suami

Menghampiri detik 12 malam... Bukan cerita mistik yang hendak diceritakan. Bukan cerita dalam kelambu yang hendak dikongsi. Ini hanyalah cerita ragam masam manis kami suami isteri.

Ok macamana nak mula.... ok gini kita cerita yg simple simple ajer.. simple but sweet eCeh :) Secara mata kasarnya Suami saya aka Seth Mat memang nampak mcm bengis orang nye.. tapi teman rapat kami meLable kan saya yang bengis.. kuikuikui bengis ker? aummmmmm

Suami saya bukan lah mamat romantik.. kalau nak harapkan dia buat kejutan hantar bunga kat opis masa hari lahir atau ulangtahun perkahwinan hurmm jangan harap la! kalau lah benda tu terjadi mau sakit jantung kot di buat nye.

Suami saya sangat ringan tulang dirumah. itu memang tak dapat dinafikan. Walaupun dia tak menyapu tapi dia rajin buat air. walaupun dia tak mop lantai tapi dia rajin menolong saya didapur. Walaupun dia tidak melipat baju tapi dia rajin memasak dirumah.

Suami saya sangat manja. diantara ayat-ayat manja bila dia inginkan sesuatu.... Aaayang nak tengok wayang. T' nak ice cream, aayangg nak maggie... hurmmm yang lain-lain punya manja tu tak leh la nak share kat sini :)

eH kenapa tetiba cerita pasal suami nie? Sebenarnya saya sedang memanaskan kuah laksa untuk suami saya. At this hour? Yes! kata nak pahala lebih kan so layan jer laaaa...




Mami Jarum : Ayat yang paling romantik untuk malam ini. "ayang panaskan kuah laksa, nanti saya kopekkan telor"


Friday, March 8, 2013

Semalam

Semalam khamis malam jumaat 
Semalam hujan 
Semalam dinner cheese nan

::____________________________________::

Semalam bulp fuse kat bilik
Semalam tido lena

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, March 7, 2013

Hari ini

Hari ini saya TERlewat bangun
Hari ini jalan tak jem
Hari ini saya bersarapan roti & air cokolat
Hari ini saya bersarapan dua kali
Hari ini kawan saya belanja bihun + sambal + telor & Nescafe
Hari ini filem Lawak ke der akan mula di tayangakan
Hari ini saya mengantok & kekenyangan


Published with Blogger-droid v2.0.6