Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Monday, November 5, 2012

To Labuan with Love! ::Day One::

Morning!!... Jom sambung cite Mini Honeymoon di Labuan last month dah sebulan kot Aritu sampai jer kat Airport driver dari Hotel dah siap menunggu kami di arrival hall. Naik kete tak sampai 10min eh dah sampaiii .. alahai kejap benar dah sampai :) "Welcome to Grand Dorsett Labuan" itu lah kata2 aluan yang menyambut ketibaan kami dikala pintu Hotel di buka :) Selesai urusan check in Seth Mat sembang2 dng GM Hotel jap, oH tak jangan lak korang ingat kami sampai2 jer dah wat compliant ke apa, sebenarnye GM Hotel nie kawan lama Seth Mat. So bila dah sampai rumah orang tu kena la berjumpa dng tuan rumah nye dulu khannn.

Naik ke bilik.. simpan barang kami golek golek jap .. kalau nak diikutkan memang nak layan tido jer.. tapi memandagkan kami ada temujanji pada jam satu tak jadik nak golek lelama kat katil takut terlelap terusss...

Seperti yang dijanjikan tepat jam satu Mylaling Husna dah datang menjemput kami diHotel.
Siapa Husna? Dia nie dulu blogger gak tapi sekarang dia update sebulan sekali jer kot.. itupun kalau ada la hahaha ..  Dari Hotel kami terus ke "Rumah Kelabu" untuk makan tengahari.

Sampai jer kat Rumah Kelabu, semua dah siap.. tunggu nak makan jer .. aLahaii malu nye saya.. dah la first time jumpa keluarga si Husna nie.. tapi memandangkan perut dah laparr kami makan jer dng penuh lahap sopan santun nye

Menu of the day, Ketam masak lemak / Sambal udang / Udang butter / Ikan Tuna bakar & sambal kicap @ Pencicah dan Menu yg paling istimewa sambal belimbing buluh... Dik for info Seth Mat sampai ke hari ini dok teringat ingat kat sambal belimbing yg Mak ko buat tu dik .. 

Sedap nye.. memula malu tapi sedap punye pasal kami tak malu malu nak tambah :) Serious sedap dik! Lepas lunch dok sembang2 jap pastu kami terus balik ke Hotel. Bila dah kenyang masuk bilik kami zZz sampai ke petang ... ngeee buruk perangai kan :p

Dalam kul 4 camtu Husna datang menjemput kami sekali lagi diHotel, Kali nie untuk projek ronda ronda pulau!.. yippii..

Me and Husana at Surender point Labuan
 
Tempat pertamaa yang kami lawati ialah tempat  surender point Labuan, Jap nak google info jap "Peace Park marks the site where the 32nd Japanese Southern Army surrendered to the 9th Division Australian Imperial Forces towards the end of World War II, on 9th September 1945. The Japanese arrived at Labuan on 1st January 1942, less than a month after they began their campaign in Malaya, landing at Kota Baru and taking formal possession of the island on 3rd January, after facing no resistance. Surrender Point is located along Layang-layangan beach"

Kejap jer kami kat sini .. pusing2 ambik gambar kami terus ke destinasi yg seterusnye .. "The Chimney" di Tanjung Kubong. okey jap nak google info

"Situated on a rise at Tanjung Kubong is the famous ‘Chimney’, a 106 feet high red brick stack believed to be linked to the coal mining days of Labuan. The Chimney, 106 feet tall, was made from more than 23,000 pieces of red bricks imported from ngland. The bricks layering and works are typical of British style.

The ‘
Chimney’ was long thought to be nothing more than a ventilation shaft. However, recent findings revealed that there were no traces of smokes or burning to suggest its use as a chimney as popularly believed. Careful digging has revealed at least 12 layers of bricks beneath the surface. The structure sits firmly on a large tract of limestone rock containing rich kaolin or porcelain clay, which provided the strong foundation.

The ‘
Chimney’ is still very much a mystery until today. Various hypothesis has been put forward to its purpose. Some said it was an unfinished mansion. While others said it was a light house beaconing passing ships. In its heyday, a thriving settlement was built at the sea front area below the Chimney. It was then used as a bell tower to announce the arrival of ships to the residents below. It has become an intriguing riddle that fascinates locals and visitors alike."

Aiseyymennn.. Tutup laa.. rupanye hari ahad The Chimney & Muzium Chimney adalah TUTUP. tak boleh masuk! So korang klu nak ke labuan harap maklum. Maka dengan itu kita ambik gambar dari luar jer la .. lepas tu kami ronda2 satu pulau! tapi sekejap jer la lagipun hari dah gelap.. oh bagi yang tak tahu di Labuan nie jam 6 petang dah macam jam 8 malam hokey!

Balik ke Hotel kami sambung makan lagik .. tapi kami makan yang lite lite jer Memandangkan kami stay kat Club room, so "Pre dinner cocktail" memang dah termasuk dalam package kami.  

Lepas Isyak kami turun jap gi Mall depan Hotel membeli kasut, coz my new shoes yg di beli di KL  dah megigit tumit ku!! Next destination . . . ...

Mami Jarum : Rindunye dng seafood!!


Thursday, November 1, 2012

BUSY ME


Sorry guys!! I've been acting the busy bee today. Will soon be back. Miss you all.


Mami Jarum : Hello November !!

Wednesday, October 31, 2012

WW - S3

:: Saya Sayang Suami ::

Mami Jarum : Hari nie gaji dah keluar harus la sayang suami lebih sikit =)

Tuesday, October 30, 2012

DaYus !!!



Dah banyak kes yg eLLy dengar pasal pasangan yang kena pukul dengan SUAMI. for me lelaki yang kaki pukul perempuan ni memang betul-betul DAYUS.. tersangatlah dayus! Oiit hang tak dak teloq ka? Hang ingat hang dah cukup hebat la bila hang pukui bini hang tu! Musibat betui hang nie kan!

Kes jantan dayus nie berlaku pada orang yg terdekat dng eLLy, Memang eLLy tau yang si Isteri nie memang dah bertahun kena tibai dng laki dia nie. Aku pon tak tau la macam mana la dia boleh tahan. Nasib baik lah tak mati kena lunyai!!

Ape kesalahan yg  bini ko buat sampai ko sanggup buat dia macam tu? Hari hari dia masak untuk ko, Hari hari dia kemas rumah dan kain baju ko, hari hari dia duduk rumah tunggu ke pulangan ko! Hari hari dia sembahyang doa kan ko!

Lelaki memang kebanyakan macam tu eh? Bila dah tak reti nak hargai isteri, Bila dah tak sayang isteri, bila dah ada Betina lain!! ...bila dah… argghhh tak tau la nak cakap apa!! Dasar jantan musibatt!

Oh lagi satu .. hang tau pulak konsep “ambik cara baik, pulangkan pun cara baik” .. Tapi yg tak baik nya pukul 4 pagi hang call Mak Pak mertua hang suruh pi ambik bini hang tu ape cer? EMPAT PAGI kot .. hang nak buat cerita tamil ka apa? hang tak pikir ka perasaan orang tua tu bila pagi2 buta dapat call suruh pi pick up anak perempuan yang selama ini dorang serahkan kat hang!

Tolong ingat ya Perempuan ni memang boleh sabaq untuk masa yang lama tapi bila sekali dia hilang sabaq... Hmmm... hang pikiq la sendiri!! Nak wat camna masa yang lepas tak mungkin akan dapat diputar. Hanya kehidupan kita yang akan berputar, hari ni kita melukakan hati orang lain, tak mustahi satu hari nanti, akan ada orang lain yang akan melukakan hati kita. Hang ingat nooo..

Buat Qaseh (bukan nama sebenar), Sabaq noo takpa tak rugi pun hang berpisah dng jantan dayus camtu! Ramai lagik anak ikan kat luar tu .. hihihi .. Dan harus di ingat kita ini sentiasa di kelilingi oleh  keluarga dan insan2 yg sayang pada kita.. DIA tu mak pak pun buang dia .. itu pun tak gheti bersyukur ada org kutip!


Mami Jarum : Bila di kelilingi oleh insan2 yg bermasaalah dng SUAMI, aku terus merasa sangat bersyukur pabila dikurniakan seorang suami yg sangat budiman, yang sentiasa menerima baik buruk ku dan sentiasa menyayangi ku. Alhamdullilah syukur sesangat. "Buat suami ku Rahmat bin Hashim sayangilah daku seadanya" biubiubiu


Monday, October 29, 2012

Simple Simple jer

Ari Jumaat lepas bersempena hari lahir ayah yg tercinta, kami adik beradik memutuskan untuk membuat majlis merayai birthday boy' dengan majlis yg simple simple jer. kebetulan hari Jumaat tu kan malam raya maka dng itu semua berkumpul la kat umah mak.

Menu kami malam tu selain dari ketupat dan rendang, my SIL masakan bihun soto + bagedil daging, Hujan2 makan bihun soto dengan sup yg panas panas .. perrr terangkat beb! 

Dan Prop yang wajib ada ketika menyambut hari lahir semestinya adalah KeK!! dan untuk pengetahuan semua KeK tersebut disponser sepenuhnye oleh saya *hamboibangganya* bukan nye ape. Masa eLLy nak gi beli kek nie sangat lah mencabar. Seperti yg uolls sedia maklum ari jumaat tu kan hari berkerja, dan eLLy habis kerja secara rasminya jam 6 petang oh tiada istilah 1/2 day ditempat ku. klu dah secara rasminye kul 6ptg, tiktoktiktok haruslah dekat kul 7 baru boleh melangkah keluar. 

Ngam ngam eLLy melangkah masuk TheMall tu jer hujan turun dng lebattttt nyeeeeeeee.. lepas urusan beli kek tak sampai 10minit pun kekonon nak tunggu jer kat dlm SR tu, 10-15-30-45minit tapi hujan masih tidak menunjukkan tanda tanda nak berhenti. Nak call MyBro dtg pick up pun mcm tak berbaloi jer coz nanti mesti dia nak redah jln jem bagai.. kena tunggu lagik! So eLLy decide nak naik taxi jer. Taxi yg pertama REJECT, Taxi yg kedua REJECT, Taxi yg ketiga REJECT !!! hampasgas betul!! akhirnye sampai lah ke Taxi yg ke4. Fuhh nasib baik dia nak antar, tapi dng syarat "adik kena bayar RM25 hingget yer, jalan jem nie.. kalau ikut meter takut lagik mahal nanti" hurmm aku setuju jer la sebab dia panggil aku adik mengenangkan ramai yg tengah menantikan ketibaan ku di rumah.

Tapi sepanjang perjalanan tu eH .. elok jer jalan CLEAR walaupun hujan turun .. hurmm pasrah pasrahhhh.. aku halalkan aje duit aku kat pemandu *N*** tu!

Apa2 pun majlis ringkas kami berjalan dng lancarnye, sesi potong kek & tiup lilin dilakukan bersama cucu cucu tersayang.

Mami Jarum : Banyak gambar kat kamera, tapi malas nak transfer. Sekian harap maklum.

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Lahir AyaH

Hari ini 25 October 2012, Merupakan Ulangtahun kelahiran yang ke 74 buat Ayahndaku yang tercinta.

Selamat ulang tahun kelahiran buat Ayah yang tiada duanya di dunia ini. Terima kasih atas semua yang telah engkau berikan. Semoga ayah dipanjangkan umur.. Dimurahkan rezeki..Dikurniakan kesihatan yang baik.. dan Sentiasa dilindungi Allah S.W.T ..Aminnn..

Dan semoga di hari yang hanya ada sekali di setiap tahun ini, dapat membuat ayah sentiasa sayang kepada anak ayah yang paling “sweet” ini :)  almaklum lah Ly kan anak perumpuan tunggal ayah :)

Ly sayang ayah .. 


Wednesday, October 24, 2012

WW - Peace is the best !!



Mami Jarum : Peace is the best .. Peace yoo!

Tuesday, October 23, 2012

To Labuan with Love!

Pertama kali menjejak kan kaki ke bumi Labuan! wah teruja nye .. pada tanggal 7/10/2012 kami ambil first flight to LA labuan, eh memang ada satu flight jer kan? hurmm yer la kot tak ingat pulak HaHaHa. Flight ke Labuan mengambul masa 3 jam .. fuh klu gi bandung dah sampai tu ;) memandangkan flight kami pagi tu jam 0725hrs pepagi kami dah bangun bersiap dan packing mana yang kurang kami memang suka wat packing last minit tiktoktiktok dekat kul 0540 baru kami gerak dari Rawang ke LCCT! hambik ko berdesup Seth Mat bawak kete ari tu, esok lusa sampai la surat saman tu *_*

 :: Cantik nye ::

Xtiviti kat dlm flight hanya la tidotidotido anak2 ikan kapal kehulu kehilir jual bfast pun kami tak heran coz nak layan mata punya pasal. Majaroti semua yg kat dlm flight tu memang tidooo termasuk la kami laki bini :)
 
 :: Tido situ sana sini ::

Bila agak2 nak mendarat di Labuan baru la kami buka mata .. hikhik lena sungguh :) bila tinjau kat tingkap.. wahh nampak laut china selatan yg terbentang luas.. nampak kapal kapal yg belayar, wah cantik sungguh. Flight dah selamat mendarat.. alahai comel jer airport kat  Labuan nie. Turun flight menuju ke arrival hall dah ada yang menanti kami di airport ..
 

Mami Jarum : Nantikan sambungan nyaaa :p

Monday, October 22, 2012

Malam minggu yg mendebarkan..

Bola itu bulat.. bulat mcm saya.. keh keh keh. Hati ku keciwa sebab pasukan pilihan ku ATM  kalah tipis dng team MerahPutih tu .. malas nak sebut team Kelantan kekekek.. eLLy sebenarnye tak follow pun game yg lain.. cuma waktu final jer yg excited sikit nak tengok :) 

Malam sabtu yg lepas eLLy dah memenuhi stadium rumah cheras.. berkumpul sekeluarga di depan TV dah mcm malam raya lak konsep nye.. semua ada kat cheras.. kecuali Mybro yg no 2 and anak2 dia yg takder. nak tengok gambar? jap eh

* * * * *
* * * *
* * *
* *
*



Oh lupa .. si Zarul tegok kat dlm bilik :)
Meriah uolls.. Adik beradik eLLy kan semua lelaki.. so kalau bab bola memang eLLy kalah la kan.. tapi klu tengok game bola macam nie ai suka ..  Kalau game overseas  EPL la  EURO la  ha yang tu ai kurang sikit.. kecuali WORLD CUP, itupun pun tengok team gak la :)

Hokey, sekian sahaja kisah aku dan bola *_*

Mami Jarum : abang ATM dah pandai main bola sekarang. Good Job!!

Friday, October 19, 2012

Jumaat ker Malam jumaat?

Mesti korang ingat eLLy dah hilang hari nie kan? Sorry dong gue kelewatan sikit hari nie :) Haaa bila sebut malam jemaat amboiii laju jer korang eh :') Yahoooohohohoho hari nie sudah hari jumaat.. suka suka sebab esok KERJA (':') oppsss ape yg ko suka sangat?? esok kerja kot!! okey tak jadik nak lompat bintang tinggi tinggi.

Sebenarnye happy coz minggu nie kerja rasa mcm kejappp jer .. pejam celik pejam celik eh It's Friday ... eCeh speaking lak ko pang sekali!

Sekarang ni musim ape ker kawan?
Oh yesss sekarang adelah musim hujan.. saya suka musim hujan sebab sejukkkkkk ... tapi yang leceh sikit kat KL nie klu hujan mesti JEM .. tapi tak per bila dah sampai rumah basah basah masuk bilik MANDI :)


Selamat bercuti kawan kawan .. " Wish you have a lovely weekend"

Mami Jarum : Mcm tergantung jer n3 nie kan .. HaHaHa pasrah :)

Thursday, October 18, 2012

Korang ada Wordpress tak?

Heloo .. dah hari Khamis dan eLLy berjaya mengemaskini blog kesayangan ku ini semenjak hari isnin! yes yes yes eLLy berjaya menyusun langkah untuk kembali aktif ber blogging :)

Nama pun dah rajin khannn atau dlm erti kata lain, dah pandai curi masa :') semalam eLLy sajer jer gi mengGooGle "'eLLy with Love" uolls tau tak eLLy jumpa ape? Haaaa mesti tak tau kan .. eLLy jumpa ellywithlove.wordpress.com  omakaiii lama gila eLLy tak login ke wordpress nie. sampai password & user ID sendiri pon dah lupa.


kenapa eLLy convert ke wordpress? entah pun eLLy tak tau! ade disuatu ketika dulu di sekitar tahun 2008 semua sibuk dok convert to wordpress, so ceq ikut la depa convert ke wordpress. i kan suka ikut ape yg org buat.. cuma bila bab org nak diet jer i tak ikut :p

Ok tak mau mengarut! ini nak tanya nie.. Korang convert tak? pastu ape dah jadik dengan wordpress korang? kalau nak delete boleh tak? aLahaii ape pulak password wordpress aku nie .. hurmm thinking~~


Mami Jarum : aik pendek nye update? taip/cakap yg penting penting sudah.. HaHaHaHa~
 

Wednesday, October 17, 2012

WW - Udang

Ini Udang menonggeng namo nyoo,
Dua ketui sudah makan sorang satu, Lagipun ada oder seafood yg lain .. emmm nyaman bah

Saiz udang : XXXL

Lokasi : Labuan Sabah


Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, October 16, 2012

Suami oH Suami

Suami oh Suami .. kesian ko "Hani" laki orang pun ko nak!! ini semua kisah hangat pagi semalam bila sorang pompuan @ b3T!N4 buat panggilan kat Hot FM nak wujudkan hari Poligami. itu tak per lagik.. dengan riak nye berkata "kalau suami tu dah taknak kat kita mintak cerai jer la"  wahwahwahwah.. ko nak suruh si isteri mintak cerai coz ko dah 2 tahun menunggu tanda tangan 'kelulusan' yg tak dapat dapat? whatderfak!  weh pompuan.. klu betul lah jantan tu nak kawen dng ko .. tak payah tunggu 2 tahun kot! sekarang nie mcm mcm cara org boleh buat itu pun .. KALAU DIA BETUL BETUL NAK KAT KO LA!! btw kalau yer pun gatai nak bermadu buat lah dng cara yg berhemah sikit.. jng la main redah jerrr.. kang ade yg masuk buliten utama coz kena ganyang secara berjemaah di khalayak ramai !! 

okey dah habis dah emo pagi semalam. Balik rumah malam tadi aku emo dng laki pulak! tapi emo kali nie lain sikit .. emo gelak sambil nagis namenye !!! mcm biasa rutin harian balik dari kerja tak kisah lah pukul berapa pun. (contoh 2-3 pagi) eLLy akan tetap mandi sebelum tidur. Motif? tak yah lah nak wat wat tak paham pulak.. itu persediaan awal nama nye ;p

Al-kisah Ketika si isteri keluar dari kamar dng rambut yg basah, maka berkata lah si suami 

Seth Mat: "Hurmmm wangi jugak shampoo SunLight awak nie eh.."
 
Me: "??? Ketawa sambil lap air mata... SunSilk laaaaaa"



Mami Jarum : Hani ko ader laki sengal mcm laki aku? ko aderrr ...

Monday, October 15, 2012

Belated Birthday celebration

Aloooohaaaa ... Blog dah puas cuti :)  Tuan tanah dah puas ker belum? klu tanya tuan tanah harus lah 24jam tak puas. tapi klu dapat cuti lelama pun boring gak kan. Dah lepas cuti nie hajat di hati memang "nak rajin rajin update" tapi uolls wait and see jer la yer .. moga2 eLLy dapat adjust masa untuk update / auto publish. Seronok sebenarnye ber blogging nie tapi kita kena pandai atur masa. Wat masa nie eLLy punye masa memang agak tunggang langgang sikit. tapi insyallah aku akan kembali menghangatkan dunia blog ini. *jng hangat2 taik ayam sudeh* 

Okey sebelum melalut meh eLLy share detik2 manis eLLy bersama Geng Pelangi yg lain pada hari sabtu lepas. "Belated Birthday celebration".  Actually My Bday and Eida purple memang dah berbulan TERlepas. Diatas alasan2 yg tertentu kami cuma berkesempatan menyambut bersama kekawan Pelangi ari sabtu lepas.

Lokasi : Restoran Kunang Kunang Gombak

 Ketibaan pengantin >.< 
Korang jng konfius ngapo bday girls pakai baju kurung nyekk .. 
Ceq baru balik dari attn weeding kat Senawang .. tak sompat nak gi tukar baju

 Sampai jer terus tiup kek hehehe
Bonda eida pun gigih meniup sambil dinda amani dikepit rapat di pinggang (0_0)

Tetiba terkenang masa bersanding dulu (^_~)

Senyum tak perlu berkata apa2, First time ada beg warna Purple  huhuhu

Eida pun dapat!! .. Tapi Eida punye biar la dia yg tayang kat Blog PurplePupus opps purplelicious dia tu la

 Thanks noks coz sudi sponser kek kami .. I like .. muahhhh

 xtiviti wajib bila perut dah kenyang 
~ More picture kat FB ~

 Happy ending *_*
Terima kasih pada yg sudi meluangkan masa untuk kami
LoveLoveLove


Mami Jarum : Thanks uolls .. i Love U u U and U  .. muahhhhh !!

Thursday, October 4, 2012

Surat watikah *_*



Ct eLLy
eLLywithlove.blogspot.com
Rawang-Kuala Lumpur-Cheras
56000 Malaysia
_________________________________________

Reader Ct eLLy
Bloglink yang pelbagai,
Satu Malaysia
56000 Malaysia

03/10/2012

Tuan / Puan,


PER: PERMOHONAN CUTI TANPA NIAT

Menujuk pada pekara di atas, Saya a.k.a Ct eLLy ingin memohon cuti tanpa niat
Kepada semua pembaca Blog picisan saya yang comel ini.

Ingin saya jelaskan disini mengapa saya memohon cuti diketika ini adalah kerana saya mendapati diri saya kini tidak mampu lagi untuk
  • Mengemaskini Blog
  • Membuat kunjungan balas
Keputusan ini adalah muktamat! Segala surat menyurat, email berantai atau apa sahaja yang bersangkutan dengan dunia IT’ tidak akan di layan kecuali di muka buku.

Untuk mengurangkan kerinduan anda pada saya, dengan ini saya lampirkan sekeping gambar hasil kerja tangan saya untuk tatapan anda.
Rindui lah aku sementara aku tengah bercuti ini dan nantikan kemunculan ku pada 15 October 2012 nanti. Insyallah.

Saya yang sedang bercuti



eLLy with Love



Mami Jarum : Comel tak hasil kerja tangan saya tu ;p

Wednesday, September 26, 2012

WW - eH betul ker?



Mami Jarum : Sila berpijak di bumi yang nyata >.<

Monday, September 24, 2012

AMAZING, BEAUTIFUL & HONEST

Assalamualaikum, gOOd Morning!! kawan kawan. amacam? camner mood pagi Isnin nie? Ceria, Teruja, Sentap, Sengal? ape ape jer la kan yg penting tak menyusahkan rang khannn..

Mood eLLy hari nie? Hurmmmm biasalah pepagi nie harus lah mood LAPAR :p ade ker mood lapar? ke aku sorang jer ada mood camtu hehehhe. Well eLLy dan kelaparan memang tak dapat dipisahkan *wink*

Banyak story hujung minggu yg nak dikongsi bersama disini tapi masa tak mengizinkan. skema la pulak nanti bila dah free sikit eLLy akan update or save in draft and publish kan esok. Insyallah.

Kata penutup hari nie.. Mari lah Share dng eLLy, which first 3 words you see to describe yourself!!
eLLy saw:  AMAZING, BEAUTIFUL & HONEST !!  So what about you? ^_^




Mami Jarum : Mood BW dah datanggggg .... Tungguuuu

Friday, September 21, 2012

Kurma amat power - untuk sihat, bijak, cantik, kuat ;)

Saudara-saudari yang disayangi dan dihormati.
 
Buah Korma adalah adalah pemberian Allah kepada kita yang cukup cantik untuk kesihatan manusia. Kaum yang suka makan korma kebanyakkannya daripada kaum yang bijak, sihat, penglihatan baik, kulit cantik, gagah dan berani.
 
Dikatakan apabila ibu mengandung, digalakkan makan korma sekurang-kurangnya 3 biji hingga 7 biji setiap hari kerana akan dapat anak yang sihat, tenang, penyabar dan bijak. Itu kepercayaan kaum Arab dan nyata terbukti. Biar saya jelaskan daripada hasil bacaan saya.
 
Korma mengandungi MINERAL dan VITAMIN yang secukupnya untuk semua keperluan kesihatan kita. Kandungan Mineral dan Vitamin di dalam korma sudah cukup untuk anak-anak yang membesar, ibu yang mengandung, anak-anak muda, orang dewasa sehinggalah WARGA EMAS. MAKA KITA SAMASEKALI TAK MEMERLUKAN MULTIVITAMIN DARI FARMASI.
 
Biar saya senaraikan kandungan Mineral Natural sebiji korma sahaja:
- POTASSIUM (tiada buah-buahan dalam dunia yang boleh mengatasi kandungan potassium dalam korma => 984mg)
- Phosphorus
- Magnesium
- Calcium
- Sodium
- Iron
- Selenium
- Manganese
- Copper
- Zinc
 
Senarai Vitamin NATURAL dalam sebiji Korma:
- Vitamin A
- Vitamin B Complex - B1, B2, B3, B5, B6, B7, B12
- Vitamin B9 (28 mcg - korma di kalangan buah yang mempunyai kandungan FOLATE yang tinggi dalam dunia)
- Vitamin C
- Vitamin E
- Vitamin K
 
Manusia yang ingin sihat perlu memakan sekurang-kurangnya 2,000mg POTASSIUM setiap hari. Dengan memakan 3 biji korma setiap hari, keperluan POTASSIUM sudah cukup untuk kita semua
 
APA GUNA POTASSIUM yang secukupnya UNTUK MANUSIA:
=> MEMPERKUATKAN JANTUNG dan mengelakkan lemah jantung
=> MENGAWAL TEKANAN DARAH dan mengelakkan tekanan darah tinggi
=> MENGAWAL KESEMPURNAAN PUMP JANTUNG
=> Menguatkan dan membantu otot bertindak dengan baik serta mengelakkan cramp
=> Mengelakkan STROKE
=> Membantu saraf berkomunikasi antara satu sama lain.
 
APA GUNA FOLATE / FOLIC ACID / Vitamin B9 yang secukupnya untuk manusia :
=> mengelakkan KECACATAN bayi dalam kandungan dari Spina Bifida
=> mengelakkan KEMATIAN BAYI dalam kandungan dan kematian sejurus melahirkan
=> mengelakkan daripada cell-cell badan berubah menjadi cancer
=> mengelakkan daripada terkena epilepsy (gila babi)
=> mengelakkan kencing manis Type 2
=> mengelakkan daripada sakit kulit
=> mengelakkan daripada rheumatism/arthritis
=> mengelakkan daripada asthma
=> mengelakkan kurang darah
=> PENUMBUHAN, PERKEMBANGAN dan PENYEMBUHAN cell-cell badan
 
AWAS : Semua Mineral dan Vitamin hanya akan menjadi baik untuk manusia SEKIRANYA diperolehi secara natural daripada memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan haiwan. Melainkan mendapat nasihat doktor, pengambilan MINERAL dan VITAMIN daripada supplement FARMASI hanya membawa padah dan merosakkan kesihatan. Namun ada beberapa bahan yang perlu kita ambil sebagai supplement kerana badan kita tak dapat proses secukupnya - minyak ikan & 4 lagi.
 
Jadinya, KORMA adalah makanan yang amat penting untuk semua peringkat umur manusia - lelaki dan perempuan. Bagi wanita yang inginkan anak, memakan korma sangat penting sebelum mengandung lagi, ketika mengandung dan semasa menyusukan.
 
Korma-korma yang baik adalah daripada Semenanjung Arab sehingga ke Syria. Saya beranggapan korma bawah sedikit kualiti ialah daripada Iraq dan Utara Afrika ( Mesir, Tunisia, Libya dan Morocco ).
 
Selain daripada korma, buah-buahan yang cukup baik untuk kesihatan dan seharusnya dimakan setiap hari selang-seli ialah : BETIK MERAH ( papaya ), PISANG ( banana ), DELIMA ( pomegranate ), ANGGUR ( grapes ), KISMIS ( raisins ), MANGGA ( mango ), TEMBIKAI ( watermelon ), NENAS ( pineapple ), STRAWBERRY, TOMATO, APPLE, PEAR, GUAVA, GRAPEFRUIT ( limau gedang ) dan BUAH LAI .
 
Tapi untuk menyamai 3 biji korma sahaja, anda perlu makan 4 biji pisang saiz sederhana atau 300gram potongan betik atau 4 biji apple. Betik takpa jugak ... tapi ... jenoh lerr... bila perot penoh pisang atau apple.  Jadinya, boleh selang-seli tapi jangan miss makan korma setiap 3 atau 4 hari.
 
Semoga sihat badan, panjang umu r dan dilimpahi rezeki yang banyak serta barakah.

Mami Jarum : Copy Paste dari Ymail

Wednesday, September 19, 2012

Pagi yg berjerebu

Salam semua. Tempat uolls berjerebu tak hari nie? sepanjang perjalanan eLLy ketempat kerja (Rawang to KL) keadaan diluar kereta amat lah berjerebu.. dah masuk KL pun same. Mengapa kah? ada hutan yg terbakar ker? semakin menipis lah ozon dibumi ku ini.

Ok sebelum terlupa eLLy nak say sorry coz kebelakangan nie eLLy tak sempat nak wat BlogWalking. Bukan menyombong tapi kesibukan kerja yg membuatkan aku begini. eCeh bajet mcm pekerja misali la pulok kan. Tapi itu lah hakikatnye. usahkan nak BW nak update blog sendiri pun tak perkesempatan. nak wat auto publish pun tak sempat nyekkkkk!

Hurmm tengah dok tekun menaip n3 nie, Tetiba Si eiDa purple lak SmS. Hurmmm terbantut terus nak story ape kat sini. okey bye! nak gi layan sMs pompuan tu jap ;)


Mami Jarum : Kekadang aku pun tak paham ngape aku tak sempat nak wat auto publish