Dua tiga hari nie bibir eLLy kering dan luka :(
dan secara kebetulan eLLy dapat eMail nie..soo jom kita share
Kenali Bibir Kita
Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan
sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan.
Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga
kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit.
Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif,
dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita.
Maka, kita seeloknya menjaga bibir dengan sebaiknya.
Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi kita,
tapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan
dengan sempurna pada bibir, atau bibir yg kering dan merekah akan jadi lebih teruk!
Sapulah pelembab bibir yg mengandungi SPF untuk melindungi
bibir dari kesan cahaya matahari.
2. Bila Malam
Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan gentle make-up remover, kemudian
ambil kain lembut yg dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini adalah untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir.
Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir
atau serum bibir dan biarkan semalaman.
Boleh juga gunakan krim anti-ageing with retinol ya!
3. Jangan!
Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas.
Elakkan menjilat bibir, jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm
sekerap mungkin sepanjang hari.