Assalamualaikum ..
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar
di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas
bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,
sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada
pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah
dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu
bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum
tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud
menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin
mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah,
bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting
dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari
syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik,
paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban,
umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat
dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.
Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi
lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang
bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka
dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya
supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.
Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai
di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya
kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,
mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan,
tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati
kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Copy Paste dari
4 comments:
salam aidiladha...i tak buat apa kt umah pun...tido je..demam la yang..!!
iMZ, Demam ke cian you.. take care dear
salam aidiladha kak ell! w/pun lama nk wish..hehe
Zie, okey la tu .. raya ka sebulan ... wakakakaka
Post a Comment