Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

Sayangi Bibir Anda

Minggu Ke5 bermulanye DUA/TWO n3 per day!!

Dua tiga hari nie bibir eLLy kering dan luka :(
dan secara kebetulan eLLy dapat eMail nie..soo jom kita share

Kenali Bibir Kita

Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan
sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan.
Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga
kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit.
Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif,
dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita.
Maka, kita seeloknya menjaga bibir dengan sebaiknya.

1. Bila Siang
Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi kita,
tapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir.
Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan
dengan sempurna pada bibir, atau bibir yg kering dan merekah akan jadi lebih teruk!
Sapulah pelembab bibir yg mengandungi SPF untuk melindungi
bibir dari kesan cahaya matahari.

2. Bila Malam
Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan gentle make-up remover, kemudian
ambil kain lembut yg dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir.
Ini adalah untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir.
Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir
atau serum bibir dan biarkan semalaman.
Boleh juga gunakan krim anti-ageing with retinol ya!

3. Jangan!
Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas.
Elakkan menjilat bibir, jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm
sekerap mungkin sepanjang hari.

 

8 comments:

iMz said...

patutla bibir i selalu kering...selalu jilat bibir..pastu bila makan..dgn mulut2 makan sekali..tu sb gincu dgn pelembab abis..

eLLy said...

hahahha same la kite ;p
tapi yg paling utama eLLy nie kurang minum air kosong ..

Yaya said...

aku guna vaselin je utk bibir hehehe

Ida Naziri said...

aku tak bole idup tanpa lip gloss eceh...

eLLy said...

Aleeya & Ida,

aku guna lip gloss gak tapi belum jumpa yg betul2 sesuai .. nanti nak test Vaselin la pulak

rasp said...

patutlah bibir i pun tak sihat...
kurang penjagaannya...

eLLy said...

Rasp, sis sama la kita .. huhuhu

Anonymous said...

m-audio bx5 d2

http://m-audio-bx5-d2.narod.ru