Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

Dibulan ke2 bermulanye DUA/TWO n3 per day!!
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah
pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam
mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya
merupakan jalan panjang yang seharusnya dilalui oleh setiap muslim.

Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar,
yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama.
Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Mari kita dalami bait2 lagu Ma'al Hijrah di bawah:

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah


Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta


Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..

 

3 comments:

iMz said...

salam maal hijrah utk ko skeluarga..

sw33tdarling said...

teringat nasyid lagu tu masa sekolah rendah dulu....

eLLy said...

Imz, tq laling .. same to you


Amy, hehehhe lagu yg tak lekang dek panas tak lapuk dik hujan