Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Thursday, March 10, 2011

“10 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga”

Artikel yang eLLy terima dari emel ini rasanya berguna untuk kita kongsi bersama
“10 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga”
1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan didalam kehidupan berumahtangga.

Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari
hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk
menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar,
berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.
2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga,anggaplah pasangan sebagai teman yang

terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata
sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi
atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang
berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan
masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.
3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka

tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri,
perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika
sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu
menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.
4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan

di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri
merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang
baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi
perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan
pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.
5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi

 keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal.
Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan
perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

Okey 5 dulu .. korang nie bagi banyak banyak pun puka baca sangat kan =)


8 comments:

NM02 said...

tips yg sangat berguna

Redbloodsnow said...

akan zie praktikkan tips nih bila zie dh kawen nnti. semestinya..hehe

rasp said...

thx for sharing...useful nie..

ayeesha anna said...

ma aceh share pengetahuan berguna. Senang nak dapat ilmu di internet ni, just klik2 je...

Dee said...

aku x baca..aku komen je..hahaha..giler terus terang aku..kihkihkih..

Anonymous said...

tak kawen lagi boleh baca jugak kan? hik2..sgt bermanfaat la kak..;p

mummysyafie said...

tips camnie aku kena baca sampai abis taw elly...

Pepel BoNda AmaNi said...

suka la info2 nie semua sangat berguna...